Resepi Buah Rotan Sedap Dan Tips Untuk Rangupkan Kuih Ini

16284
Tips untuk dapatkan buah rotan yang rangup dan tidak liat ada semua kami berikan dalam resepi buah rotan mudah ni.Memang menjadi pilihan untuk hidangan kepada tetamu.Yang menariknya,segenap lapisan umur sukakan buah rotan yang disalut bijan ini

Sejak zaman berzaman,antara kuih atau kudapan yang masih popular adalah antaranya kuih buah rotan.Kudapan yang dibuat daripada adunan tepung sebelum disalut dengan bijan dan digoreng sehingga rangup pastinya menjadi pilihan anak-anak dan juga orang dewasa.

Tapi walupun kedengaran agak senang proses membuatnya,jika salah step,kuih rotan yang diadun dengan bijan tertanggal,terlalu keras ,hangit di luar tetapi mentah di dalam .

Ini antara masalah yang orang pertama kali mencuba resepi ini.Nasib baik anda di daridapur.com yang sentiasa memberikan bukan sahaja resepi lengkap malah tips berguna.

BACA DI LINK BARU : Resepi Biskut Buah Kana Untuk Resepi Biskut Raya Pilihan

Untuk dapatkan kuih biji rotan yang rangup dan sedap walaupun pertama kali membuatnya,sila ikuti tips di bawah.

1– Semasa siap menyalut bijan di luar biji rotan mentah,letakkan atas dulang dan bila dah siap,basuh tangan bagi basah,lepas tu tekan sedikit dan pusing menggunakan tapak tangan ke semua biji rotan tersebut.

Ini untuk elakkan bijan tertanggal dengan cara tekan ke dalam sedikit.

2– Goreng dalam bilangan sederhana dan jangan guna api besar.Goreng dengan api sederhana supaya di luar dan di dalam kuih rotan rangup dua-dua.

3– Gentel dengan saiz kecil  supaya kesemua biji rotan masak sekata.Ini kerana biji rotan akan mengembang ketika digoreng

Ok dah dapat tips,jom kita tengok bahan dan cara pembuatan kuih tradisi yang menggamit selera ini.

Bahan Resepi Kuih Buah Rotan : 

  • 500g tepung pulut
  • 1 sudu makan membukit tepung beras
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan air.(Jangan tuang semua.Sikit-sikit sebagai tambahan)
  • 1/2 cawan gula
  • 1 biji telur ayam
  • Sedikit air kapur makan
  • Secubit garam
  • Bijan

Tips untuk dapatkan buah rotan yang rangup dan tidak liat ada semua kami berikan dalam resepi buah rotan mudah ni.Memang menjadi pilihan untuk hidangan kepada tetamu.Yang menariknya,segenap lapisan umur sukakan buah rotan yang disalut bijan ini

Cara Penyediaan Buah Rotan Rangup :

#1: Kacau hancur gula dengan sedikit air pans supaya larut. Tambahkan secubit garam dan air kapur makan anggaran 1/2 sudu teh.Sejukkan.Fungsi air kapur ialah supaya kuih rotan menjadi rangup selepas digoreng.

#2: Masukkan semua bahan ke dalam bekas besar dan uli sehingga menjadi doh.Santan cair tadi sedikit demi sedikit bagi dapatkan adunan doh yang boleh digentel.

#3: Bulatkan doh kecil-kecil lebih krang hujung jari kelingking sahaja sebab nanti ianya akan mengembang ketika digoreng.Kalau terlalu besar, dalamnya tidak masak dan jadi liat.

#4: Salut dengan bijan dan ikuti tips di atas dengan tekan-tekan pusing. Panaskan minyak hanya pada api sederhana dan barulah goreng pada saiz bilangan yang mencukupi.Goreng hingga kuning keemasan baru toskan kuih buah rotan dan sejukkan.

Tips untuk dapatkan buah rotan yang rangup dan tidak liat ada semua kami berikan dalam resepi buah rotan mudah ni.Memang menjadi pilihan untuk hidangan kepada tetamu.Yang menariknya,segenap lapisan umur sukakan buah rotan yang disalut bijan ini

Simpan dalam bekas kedap udara.Jika anda ikuti semua langkah dan tips, kami jamin hasilnya lebih sedap dari yang diual di kedai.Selamat mencuba kudapan yang ringkas dan mudah tapi sangat sedap ini.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom