Resepi Bubur Ayam Ala McD Berlauk Yang Pastinya Lazat

3578
resepi bubur nasi ayam cara masak bubur ayam

Sebelum ni,dah lama mencari resepi bubur ayam yang sedap ala-ala mcd tu,tapi bila dah buat macam tak masuk sangat rasanya seperi yang jual dekat mcD.Takpa, lepas dah baca cara buat bubur ayam ni yang saya beri , insyallah boleh buat dan sangat sedap tau dengan rasa ikan bilis goreng rangup , bawang goreng wangi , tambah lak sambal lada dalam bubur.Sedapnya kan.

Sesetengah orang suka makan bubur nasi yang kosong tak de apa-apa , tapi saya tak . Saya suka bubur ayam berlauk.Guna isi ayam rebus yang diracik-racik halus atau daging rebus sampai turun air dia lepas tu masukkan dalam bubur nasi , sedap sangat hirup nya. Kalau buat cara macam ni , saya dah tak guna seketul pati ayam knorr. Tapi cukup tambahkan serbuk perasa sedikit sahaja dalam supnya.

Bubur ayam ni kalau waktu demam mesti nak cari , sebab mudah telan. Kalau waktu hujan pun best , makan panas-panas sampai keluar peluh hirup.Kalau tak de ayam daging pun takpe, cukup dengan bubur nasi ikan bilis atau bubur nasi kosong dah ok da.

Lagi satu sesuai dengan bayi.Tapi kalau nak buat resepi  bubur nasi bayi , pastikan beras tu basuh bersih-bersih dulu dan biarkan kering sepenuhnya.Lepas tu blend halus sampai jadi serbuk beras dan kalau nak guna, masak je satu dua sudu buat untuk disuap kepada bayi.Baby kita pun suka kan.

BACA DI LINK BARU : Resepi Bubur Pulut Hitam Istimewa

Jom tengok bahan-bahan resepi bubur ayam ala mcd ni.Murah dan senang je tapi sedap tau.Yelah tengah-tengah bulan ni gawat sikit menunggu gaji , tengok harga bubur ayam mcd untuk makan satu keluarga, boleh mendatangkan kerisauan untuk poket juga.hee. Ini untuk 2-3 orang makan ea.

resepi bubur ayam mcd

  • 1/2 cawan beras
  • 3 ketul isi ayam
  • 2 sudu makan ikan bilis
  • 1 batang akar daun ketumbar
  • 1 biji bawang merah saiz besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 cm halia muda
  • Daun bawang
  • Daun ketumbar
  • Lada merah
  • Serbuk lada putih , serbuk perasa dan garam

Cara masak bubur ayam ala mcD ni pula  simple seperti berikut:
resepi bubur ayam mcd

  1. Masakkan beras dalam periuk bersama 4 cawan air . Biarkan mendidih dan sehingga air kering barulah kecilkan api Tambahkan air jika perlu. Kacau supaya mudah hancur sedikit dan jadi bubur nasi yang sedap.Perasakan dengan garam sedikit.
    .
  2. Rebus isi ayam dengan 4 cawan air sehingga masak. Simpan air rebusan untuk dijadikan sup bubur. Racik ayam guna garpu untuk lagi mudah.resepi bubur ayam mcd
  3. Panaskan minyak pada api api sederhana . Masukkan ikan bilis dan goreng pada api kecil untuk elak hangit. Bila dah kekuningkan , tos kan. Masukkan hirisan halus bawang merah dan goreng kekuningan. Guna minyak yang sama tau. Untuk resepi bubur ayam ni saya tak guna minyak bijan , tapi simpan sedikit minyak goreng ni untuk letak sikit dalam bubur ayam.Sedap.
    .
  4. Racik dan cincang halus bawang putih,halia muda bersama potongan lada merah,daun ketumbar,daun bawang dan letak dalam bekas.
    .
  5. Untuk sup bubur ayam pula , tapis dulu air rebusan ayam tadi , panaskan dan masukkan akar batang ketumbar. Bila dah mendidih, tambah serbuk perasa, garam,serbuk lada putih.

Campurkan semua bahan ke dalam bubur nasi kosong ikut kesukaan anda dan makan sepuas hati. Memang berbaloi-baloi resepi bubur ayam ala mcd yang ni.

Jangan lupa suscribe kami di You Tube untuk koleksi resepi menarik yang mudah serta berkhasiat.