Resepi Bubur Jagung Sedap Dengan Tips Pekatkan Bubur

1077
Kami beri resepi bubur jagung yang sedap bersama tips untuk memilih jagung yang manis.Kalau nak bubur jagung pekat, boleh tambah antara dua bahan ini.Best.

Sebut sahaja resepi bubur jagung,terbayang hirisan jagung empuk yang dihidangkan bersama santan dan juga aroma daun pandan wangi yang menyedapkan.

Kalau saya ke Cameron Highland,memang boleh kata wajib bawa balik jagung mutiara asli yang ditanam di sana.Memang betul-betul manis.Biasanya saya rebus sahaja dah cukup lazat dengan kemanisan semulajadi jagung.

Tapi jangan mudah ditipu dengan jagung palsu.Ada sesetengah penjual menjualnya jagung daripada Perak.Diberi cuba yang asli tapi dijual yang palsu.

Cara tuk bezakan jagung mutiara asli dan palsu adalah dua cara.

Pertama : Tekstur Kulit

Rasanya kesat dan kasar bagi jagung palsu manakala jagung asli mutiara rasa kulit lembut dan licin.

Kedua : Biji dan warna

Warna jagung mutiara hanya kuning cerah dan putih serta tona warna yang sama.Manakala yang palsu warna tidak sekata serta biji putihnya terlalu banyak.

Kami beri resepi bubur jagung yang sedap bersama tips untuk memilih jagung yang manis.Kalau nak bubur jagung pekat, boleh tambah antara dua bahan ini.Best.

BACA DI LINK BARU : Resepi Bubur Kacang Hijau Dengan Durian Pasti Membuka Selera

Dah tahu tips barulah sedap resepi bubur jagung anda. Nak lagi sedap , ada yang masukkan beras pulut atau biji sagu mata ikan ke dalam bubur jagung untuk pekatkan lagi kuahnya.

Beras pulut direndam dan dimasak bersama jagung sehingga beras bertukar pulut manakala biji sagu dimasukkan selepas jagung telah pun empuk.Masak dan kacau sagu sehingga bertukar jernih .Jom kita tengok resepi bubur di bawah.

Bahan Resepi Bubur Jagung Untuk 5-6 Orang Makan :

Untuk resepi ini menggunakan sagu bagi tambah kesedapan bubur.Anda boleh nak masukkan atau tidak terpulang ya.

  • 2 tongkol jagung manis mentah dan dihiris nipis
  • 4 sudu besar sagu – yang halus @ kasar
  • Secubit garam
  • 100 ml santan pekat  ( santan kotak atau santan segar)
  • 1.5 liter air icampur dengan santan pekat
  • 3 sudu makan  gula merah atau gula perang
  • 5 sudu makan gula pasir atau mengikut tahap kemanisan anda mahu
  • 2 helai daun pandan

Tips :  Kuantiti gula merah dan gula pasir hendaklah disesuaikan mengikut kemanisan yang diperlukan dan  Kuantiti air boleh dikurangkan atau ditambah bergantung kepada banyak kuah yang diperlukan

Cara Penyediaan Resepi Bubur Jagung Sedap :

#1: Basuh jagung bersih dan toskan.Hiris nipis jangan disagat untuk elakkan jagung hancur.Untuk sagu pula tak perlu rendam.Cukup sekadar toskan sahaja.

#2: Masukkan jagung yang telah dihiris, santan pekat yang telah dicampur dengan air, daun pandan yang disimpul dan juga garam ke dalam periuk.Masak di atas api sederhana sambil dikacau hingga mendidih.

#3: Bila jagung sudah empuk , masukkan pula sagu, gula merah dan gula pasir. Kacau hingga sagu bertukar menjadi jernih.

#4: Rasa sedikit dan sesuaikan rasa yang kurang.Siap dan sedia untuk dihidangkan.

Kami beri resepi bubur jagung yang sedap bersama tips untuk memilih jagung yang manis.Kalau nak bubur jagung pekat, boleh tambah antara dua bahan ini.Best.

Kalau anda tak nak letak sagu pun takpe, tujuan penggunaan sagu atau beras pulut adalah untuk tambah sedap dan memekatkan kuah bubur jagung.

Memang sedap untuk dicicah bersama roti dan dibuat aiskrim bubur ni.Selamat mencuba resepi bubur jagung pekat yang sangat sedap ni.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom