Resepi Bubur Kacang Hijau Dengan Durian Pasti Membuka Selera

18988
Sekarang musim durian kan, apa kata cuba resepi bubur kacang hijau yang sedap ni.Makan lak bubur kacang dengan roti,sedapnya.Lebihan baki bubur kacang pula jadikan sebagai aiskrim.Selamat mencuba.

Peminat bubur ? Sebut sahaja resepi bubur kacang hijau , bubur durian , bubur kacang merah, bubur pulut hitam, semua sedap kan.Tambah-tambah dijadikan sebagai hidangan minum petang.Memang abes la hirup bubur  yang wangi  hasil aroma daun pandan yang digunakan bersama dengan santan pekat.

Jadi kali ini kami berikan anda resepi bubur kacang hijau beserta durian .Lagi terbaik.Tambah-tambah bulan Januari 2018 ni masih lagi musim durian di kawasan Negeri Sembilan, terus saya rajin mencari sebiji durian kampung untuk masukkan sekali.

Sekarang musim durian kan, apa kata cuba resepi bubur kacang hijau yang sedap ni.Makan lak bubur kacang dengan roti,sedapnya.Lebihan baki bubur kacang pula jadikan sebagai aiskrim.Selamat mencuba.
Lagi satu, untuk sedikit kelainan oleh kerana ada lagi baki gula anau yang dibeli di Kuala Pilah tempoh hari, saya gantikan gula melaka untuk bubur kacang  ni.

Sekarang ni nak buat resepi bubur kacang hijau senang, tak perlu rendam dah jika ada periuk tekanan atau lebih dikenali dengan pressure cooker.Basuh dan toskan kacang hijau tadi, setkan pada 50-60 minit,terus kembang boleh buat bubur kacang dah.

BACA DI LINK BARU : Resepi Pulut Durian Istimewa Dari Kampung Halaman

Jom tengok bahan-bahan untuk buat resepi bubur kacang hijau bersama durian ni.

  • 250 gram kacang hijau
  • 60 gram gula anau atau gula melaka
  • 500 ml santan pekat.Saya gunakan yang asli.
  • 200 ml air kosong
  • 10-11 ulas durian saiz kecil
  • 2 helai daun pandan
  • 1/2 sudu teh garam halus untuk bagi bubur lagi lemak
  • Gula putih secukup rasa

Cara buat resepi bubur kacang hijau beserta durian ini pula .Kuantiti untuk 3-4 orang makan.

#1: Untuk bagi kacang hijau kembang, boleh la direndam selama 4-5 jam terlebih dahulu,dan direbus sehingga empuk dengan mencampurkan setengah sudu makan minyak masak bagi cepatkan proses kacang menjadi empuk.Atau cara yang kedua, dengan menggunakan periuk bertekanan tinggi.

Sekarang musim durian kan, apa kata cuba resepi bubur kacang hijau yang sedap ni.Makan lak bubur kacang dengan roti,sedapnya.Lebihan baki bubur kacang pula jadikan sebagai aiskrim.Selamat mencuba.

Boleh pilih cara yang mana asalkan kembang kacang tu kan.Bila dah kembang, masukkan kacang ke dalam periuk,daun pandan,santan,gula anau atau gula melaka dan juga air.

#2: Buka api sederhana dan tunggu hingga semua mula mendidih sambil kacau-kacau manja.Bila dah semua sebati dan isi durian mula tertanggal daripada biji,barulah masukkan garam dan gula untuk perasakan bubur  kita ni bagi sedap mengikut tekak.

Sekarang musim durian kan, apa kata cuba resepi bubur kacang hijau yang sedap ni.Makan lak bubur kacang dengan roti,sedapnya.Lebihan baki bubur kacang pula jadikan sebagai aiskrim.Selamat mencuba.

Tutup api dan siap la untuk dihirup atau buat cecah dengan roti.Semua boleh.Baki pula dibuat aiskrim.Terbaik rasanya. Memang berbaloi untuk peminat-peminat bubur cuba resepi bubur ni.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom

Sekarang musim durian kan, apa kata cuba resepi bubur kacang hijau yang sedap ni.Makan lak bubur kacang dengan roti,sedapnya.Lebihan baki bubur kacang pula jadikan sebagai aiskrim.Selamat mencuba.

VIDEO TUTORIAL PILIHAN :