Siapa di sini peminat resepi bubur nasi ? Tak kiralah dimakan pada waktu biasa atau pada waktu kesihatan yang tak mengizinkan,memang hidangan bubur lah yang menjadi makanan ruji kan.
Bubur nasi untuk ibu yang berpantang pun boleh makan cuma sesuaikan lauk nya dengan ikan bakar dan sayur yang sesuai sahaja bersama seruding halia atau garlic crunchy dan lada hitam ya.
Tapi apa beza bubur nasi dengan nasi air yang popular di sebelah Pantai Timur terutaman di Kelantan ?
Untuk satu hidangan lengkap bubur nasi ianya satu hidangan yang terdiri dari nasi lembik,tiada sup,dihidangkan dengan telur masin dan aneka lauk lain tapi tidak dicampur sekali.
Manakala nasi air pula,nasi lembik yang mengandungi sup,sambal lada,taugeh,minyak bawang putih,daun bawang yang semuanya dicampur sekali seperti mee celup.
Dah jelas kan perbezaan nya.
Hari ini kami nak berkongsi resepi bubur nasi sedap daripada Puan Amy Aziz Mohamed.Menyelerakan sungguh.
Lauk untuk bubur nasi anda boleh tambah ikut keinginan tapi biasanya ada yang buat nasi bubur ikan bilis goreng,telur asin,kangkung goreng belacan,daging goreng kicap,sotong kering dan juga ikan kering.Banyak kan variasi aneka lauk untuk bubur ni kan.
BACA DI LINK BARU : Resepi Bubur Nasi Ayam Ala McD Berlauk Yang Pastinya Lazat
Bahan-bahan resepi bubur nasi :
Bahan Bubur :
- 1 cawan beras yang dikisar 80% hancur
- 8 cawan air
- Hirisan daging nipis
- 1 cm halia yang dihiris nipis
- 1/2 sudu teh garam
#1: Masukkan dulu 5 cawan air dan semua bahan.Masak sambil kacau sesekali bubur nasi dengan api sederhana.Bila dah mendidih baru tambah air ikut kepekatan yang anda mahu.
Bahan Sambal Ikan Bilis Udang Kering :
Boleh sesuaikan kuantiti
- 100 gram ikan bilis
- 50 gram udang kering
- 1 cm x 1 cm belacan *
- 3 cili merah besar *
- 5-8 biji cili thai kecil ( sesuaikan ikut kepedasan) *
- 3 ulas bawang putih *
- 4 biji bawang merah saiz 50 sen baru *
- 1-2 biji limau kasturi
- Garam gula secukup rasa
Cara-cara penyediaan sambal bubur nasi :
#1: Goreng rangup ikan bilis dengan api sederhana.Rendam udang kering 15 minit supaya menjadi lembut.Baru digoreng sekejap.
#2: Kisar kasar bahan bertanda * dengan sedikit air. Tumis guna sedikit minyak hasil goreng tadi sehingga garing.
#3: Masukkan ikan bilis dan udang kering tadi.Perah asam limau kasturi dan sesuaikan rasa.
Dah siap lauk untuk hidangan bubur ini.Kalau anda nak tambah lauk lain tak de masalah.Nak sediakan sup untuk bubur nasi pun boleh.
Akhir sekali,tabur bawang goreng dan daun bawang,siap dimakan.Hati-hati nanti bertambah bila makan.Selamat mencuba.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom