Bagi peminat resepi bubur, kali ini kami berikan anda resepi bubur pulut hitam yang sedap serta tips penyediaannya.
Kami suka beli beras pulut hitam di pasaraya NSK.Mudah dapatkan bahan bubur seperti kacang hijau atau merah. Lagipun di Seremban,ianya memang sangat luas dan besar. Mudah dapatkan bahan segar. Daun pandan kat sini RM2 pun banyak sangat.
Resepi bubur pulut hitam sangat senang untuk disediakan cuma ianya mengambil masa sedikit dalam bab merendam beras pulut. Rendam sahaja semalaman atau minima 4 jam untuk mudahkan proses merebus pulut. Tapi kalau anda rendam 4 jam, anda perlukan masa yang sedikit untuk proses merebus supaya pulutnya kembang.
BACA DI LINK BARU : Resepi Mee Celup Thai Yang Sama Dijual Di Kedai.Sangat Sedap
Bila step ini dah selesai,maka anda boleh anggap proses penyediaan resepi bubur pulut hitan telahpun 70% selesai.Mudahkan.Kalau anda yang ada pressure cooker lagi lah mudah.Tak perlu rendam pulut tapi masak guna pressure cooker sahaja. Cepat.
Baki bubur pulut hitam pula masukkan ke dalam plastik bekas aiskrim.Tambah lagi sedap makan ketikan sejuk.
Untuk resepi bubur kali ini, cara masaknya kami beri yang istimewa dengan bila bubur dihidangkan, kita tuang sedikit santan pekat berasingan.Menarik kan.
Bahan Resepi Bubur Pulut Hitam :
- 1 1/2 cawan pulut hitam
- 6 cawan air untuk merebus pulut
- 2 cawan santan pekat
- 2 cawan santan cair
- 2 helai daun pandan, carikkan dan simpul
- 3/4 cawan gula putih
- 1/2 ketul gula melaka
- garam secukup rasa
- 1 sudu besar tepung jagung
Cara Penyediaan Resepi Bubur Pulut Hitam Sedap :
#1: Rebus pulut hitam dengan 6 cawan air dan daun pandan sehingga lembut guna api sederhana sahaja atau boleh guna pressure cooker.Pulut hitam akan pecah kembang apabila lembut. Biarkan pulut masak dan kuah menjadi pekat.
#2: Masukkan santan cair, garam, gula putih dan gula melaka. Masak sehingga bahan larut dan kacau.Barulah masukkan 1 cawan santan pekat dan sebatikan.Sesuaikan rasa.
#3: Baki santan pekat tadi 1 cawan masak asing di atas api kecil.Sentiasa kacau supaya tidak berketul ya.Tambahkan bancuhan tepung jagung yang dicampurkan air dan kacau sebati sebelum ditambah masuk ke dalam periuk.Masukkan sedikit garam sedikit.Tutup api.
Jadi nanti bila hendak makan bubur pulut hitam, tuangkan pulut dan tambahkan santan pekat tadi sedikti.Memang Sedapp betul.Selamat mencuba.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom