Kalau anda kering idea di musim PKP ni, apa kata cuba resepi burger tarik yang ala-ala burger di fast food terkenal tu untuk hidangan anak-anak . Kami rasa mesti diorang sangat suka.
Resepi burger tarik ni senang je untuk anda buat. Kalau anda tak takde bread maker nak buat roti burger, boleh beli roti burger yang dah siap-siap dijual di kedai. Kalau ada bread maker dan oven, boleh la buat sendiri roti.
BACA DI LINK BARU : Resepi Minyak Cili Serai Best Makan Dengan Nasi Bubur, Sup
Untuk jenama kentang goreng dan juga cheese, boleh tengok pada gambar di bawah yang digunakan dalam resepi burger ini. Sedap sangat.
Terima kasih kepada Puan Nor Asiah’s di atas perkongsian resepi burger tarik yang sungguh menyelerakan ini. Boleh kami semua mencubanya di rumah.
Bahan Resepi Roti Burger :
- 500 gram tepung roti
- 70 gram gula kastor
- 1 sudu makan yis kering
- 1 sudu makan susu tepung
- 1 biji kuning telur
- 1 sudu teh gram
- 50 gram butter
- 10 gram pelembut roti
- 280-300 gram air sejuk
Masukkan semua bahan ini kedalam bread maker kecuali garam. Uli dalam bread maker dan selepas 5 minit, barulah masukkan garam ke dalam adunan. Uli lagi hingga siap.
Acuan doh burger anda boleh beli di Shopee. Ianya bersaiz 4 inci dan setiap doh burger beratnya 75-80 gram setiap satu dimasukkan dalam acuan doh burger.
Bakar roti anda dalam oven pada suhu 170’C dan dalam masa 20 minit menggunakan api atas bawah.
Bahan Resepi Ayam Goreng Rangup :
Untuk 1 ekor ayam, perapkan dengan 1 biji telur dan 2 genggam tepung bestari. Perap sekurang-kurangnya 1/2 jam.
Selepas itu sediakan tepung kering. 300 gram tepung bestari dimasukkan dengan 2 sudu makan tepung jagung dan 2 sudu makan tepung beras.
Golekkan ayam tadi ke dalam tepung kering , gaul sebati dan barulah goreng dalam minyak yang banyak pada api sederhana.
Dah siap kesemua bahan , boleh lah anda sediakan resepi burger ni, letakkan kepingan cheese di atas roti dan anda boleh cairkan menggunakan pemanas gas atau masukkan dalam oven. Lepas tu letak salad , sayuran pilihan.
Letakkan sos pilihan dan kepingan ayam. Makan bersama sos mayonis, sos cheese dan juga kentang. Selamat mencuba.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom