Resepi Cara Buat Kuah Yong Taufu Sedap

148434
Siapa suka makan yong taufu ? Nak kuah yang sedap ? Jom baca Resepi Cara Buat Kuah Yong Taufu Sedap . Klik di gambar untuk resepi penuh ya.
Siapa suka makan yong taufu ? Nak kuah yang sedap ? Jom baca Resepi Cara Buat Kuah Yong Taufu Sedap . Klik di gambar untuk resepi penuh ya.

Salam buat pengunjung kami , warga dari dapur , dah nak habis dah kan bulan yang penuh berkat ini . Ada yang mahu jadikan pilihan pelbagai steamboat untuk juadah istimewa di hari lebaran ? Jom kita tengok Resepi Cara Buat Kuah Yong Taufu Sedap ini.

Kami rasa memang tetamu terutamanya budak-budak akan suka dengan menu ini . Mesti berkali-kali diorang tambah . Jom kita lihat bahan – bahan dan cara penyediaannya.

Bahan – Bahan Resepi Cara Buat Kuah Yong Taufu Sedap

4-5 tangkai cili kering ( boleh gunakan yang besar jika tak mahu pedas.
1 1/2 ketul gula melaka
1 sudu  bijan goreng
1/2 cm belacan
300 ml air mineral
Kicap manis secukupnya
1 sudu makan tepung jagung  yang dibancuh dgn 50 ml air
sedikit perasa garam dan gula

Cara Penyediaan Resepi Kuah Yong Taufu Sedap

Pertama ,  masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga kelihatan garing dengan api yang kecil. Pastikan cili digoreng jangan digoreng terlalu lama kerana kuah akan menjadi tidak sedap.

Kedua , setelah garing, angkat dan kisar cili kering dgn sedikit air. Tapis supaya hasil menjadi cantik dan halus.

Ketiga , periuk dipanaskan menggunakan api sederhana kecil , masukkan air mineral , gula melaka dan cili yang telah dikisar  , dan belacan . Seeloknya , untuk dapatkan hasil yang sedap , belacan dibakar terlebih dahulu.

Keempat , setelah semuanya sebati , masukkan pula bancuhan tepung jagung dan pastikan kuah menjadi sedikit pekat dan sebati. Masukkan kicap untuk dapatkn warna yang sedikit kehitaman.Akhir sekali , masukkan bahan perasa mengikut kesesuaian anda. Siap .

Memang lengkap dan senang ya . Gambar dan  resepi ini diubah suai daripada Puan Tahrunnisah Jali.  Terima kasih kepada Puan Tahrunnisah Jali atas keizinan kepada pihak kami berkongsi gambar dan Resepi Cara Buat Kuah Yong Taufu Sedap . Semoga bermanfaat untuk kami sendiri dan anda juga .