Resepi Caramel Lazat Berperisa Oren

850
Siapa penggemar resepi caramel ? Memang sangat lazat bila dicampur dengan berpiersa oren . Cara buat senang sangat. Tekan sini untuk ke resepi.
Siapa penggemar resepi caramel ? Memang sangat lazat bila dicampur dengan berpiersa oren . Cara buat senang sangat. Tekan sini untuk ke resepi.

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga dari dapur dot com . Kali ini khas bagi pencinta karamel, kami berikan anda resepi yang baru dan menarik sekali. Resepi Caramel Lazat Berperisa Oren . Jom buat seperti kami nyatakan di bawah.

Bahan – Bahan Resepi Caramel Lazat Berperisa Oren

5 biji telur Gred A
1/2 tin susu pekat
1 sudu besar gula
1/2 cawan jus oren ( kami guna sunquick )
Sedikit garam
Hirisan oren untuk hiasan

Cara Penyediaan

Pertama , menggunakan hand mixer pada kelajuan sederhana, pecahkan telur sebiji dan kacau sehingga kembang, Ulang sehingga habis kesemua telur dan kacau sehingga menjadi kembang. Selepas itu masukkan jus oren, susu pekat , garam. Adun sehingga berbuih dan sebati . Tapis adunan ke dalam bekas lain. Ketepikan seketika

Kliks Gambar Untuk Ke Halaman Pure Cambogia. New Opening Tab
Kliks Gambar Untuk Ke Halaman Pure Cambogia. New Opening Tab

Bahan – Bahan Membuat Karamel Dan Cara Penyediaan

Panaskan periuk menggunakan api kecil, masukkan 2 sudu besar air mineral dan 5 sudu besar gula . Masak sehingga gula hancur dan menjadi hangus. Berhati-hati ketika menyediakan karamel. Pastikan api kecil sahaja digunakan.

Selepas karamel siap, tuang karamel ke dalam adunan yang ditapis tadi dan bakar pada suhu 120’C selama 40 minit . Apabila siap, sejukkan terlebih dahulu dan masukkan ke dalma peti air sekitar 1-2 jam. Siap dan bila hendak dimakan barulah diletakkan hirisan oren. Memang terangkat habis . Sangat sedap .

Artikel Resepi/Tips lain yang boleh anda baca :

Puding Mangga Berkuah Kastard
Puding Roti Biskut Berlapis Koko
Agar – Agar Gula Melaka Bersantan
Puding Oreo Aiskrim Lazat
Puding Roti Karamel Kukus Lembut

serta banyak lagi kami sediakan untuk anda.

Untuk artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang menarik dan lengkap, akak boleh KLIK TAG di bawah post ini atau terus ke RUANGAN MENU kami ye . Jika akak mahu cara yang senang, terus SEARCH artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang akak mahu di ruangan yang disediakan ye. Terima kasih kerana mengunjungi laman web kami .

Jangan lupa berkongsi gambar  hasil resepi yang akak buat  di inbox  Facebook Pages Kami : Resepi Kek & Puding 

Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah ini .
Smartphone –  klik button FB di bawah
Laptop – klik button share di sebelah artikel