Resepi Cekmek Molek Dengan Tips Elak Pecah. Sedap Sungguh.

12935
Kami berikan resepi cekmek molek yang betul-betul terasa ubi keledek dan tips untuk elakkan gula pecah ketika menggoreng. Nanti boleh buat kuih cekmek molek ni.

Hari ini kami kongsikan pula resepi cekmek molek yang popular di Kelantan. Kuih tradisi yang terdiri daripada ubi keledek rebus yang dilenyek, dicampurkan dengan tepung gandum untuk uli dan diisi dengan gula. Memang sedap.

Alang-alang kami baru turun dari Cameron Highland dan beli ubi keledek manis , boleh la buat resepi cekmek molek ni. Tips untuk dapatkan kuih cekmek yang comel dan cantik ialah :

1- Jangan masukkan tepung gandum terlalu banyak.Cukup sekadar adunan tak melekat di tangan yang dimasukkan sikit-sikit.Ini untuk elakkan kuih menjadi keras dan tak sedap.

2- Untuk mudah mencanai doh dan elakkan melekat pada tangan, oles minyak masak pada tangan. Cara elak kuih cekmek pecah ketika digoreng, jangan canai doh terlalu nipis dan masukkan gula terlalu banyak. Sesuaikan saiz.

BACA DI LINK BARU : Resepi Acar Buah Tahan Hingga Setahun. Best Betul.

3- Goreng menggunakan minyak yang banyak dan api sederhana.

Terima kasih kepada Puan CT Farhan dia atas sumbangan resepi cekmek molek ini. Semoga dimurahkan rezeki puan sekeluarga.

Bahan Resepi Cekmek Molek Kelantan :

  • 1 kilogram ubi keledek oren
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh gram dimasukkan ketika rebus ubi
  • Gula untuk inti
  • Minyak untuk oles di tangan

Cara Buat Resepi Cekmek Molek Mudah :

#1: Didihkan air terlebih dahulu dalam periuk. Bila dah mendidih, masukkan garam bersama ubi keledek. Rebus sampai empuk.

Toskan dan keluarkan ubi keledek. Kupas kulit dan lenyek dengan lesung hingga lembut serta lumat.

Kami berikan resepi cekmek molek yang betul-betul terasa ubi keledek dan tips untuk elakkan gula pecah ketika menggoreng. Nanti boleh buat kuih cekmek molek ni.

Baru masukkan dalam bekas untuk menguli. Tambah baking powder serta masukkan gandum sedikit demi sedikit. Jangan terlalu banyak tepung. Nanti tak sedap.

Cukup uli manja hingga semua sebati dan doh boleh dibentuk.

#2: Ambil dan bulatkan doh, tekan leper, jangan terlalu nipis.Sesuai dengan ketebalan dan masukkan gula dalam anggaran 1 sudu teh. Tutup balik dan golek cantik bagi bentukkan cekmek.

Panaskan minyak dan goreng cekmek pada api sederhana untuk elakkan cepat hangit atau gula keluar.

Toskan dan sejukkan dulu baru makan kuih cekmek. Nanti kan panas dalam mulut.hee.Selamat mencuba resepi kuih cekmek yang senang tapi sedap ni. Best kan.

Kami berikan resepi cekmek molek yang betul-betul terasa ubi keledek dan tips untuk elakkan gula pecah ketika menggoreng. Nanti boleh buat kuih cekmek molek ni.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom