Resepi Cekodok Pisang Best Kulit Rangup Lembut Di Dalam

109364
Nak resepi cekodok pisang yang sedap ? Dengan garing di luar tapi lembut didalam dan tak serap minyak, memang anda kena cuba sendiri. Sedap rasa cekodoknya

Hari ini kita belajar hasilkan resepi cekodok pisang yang bukan sahaja cantik, malah rangup di luar, tak serap minyak dan juga lembut isi dalam. Barulah best cekodok pisang camni. Ni tak, ada sesetengah tu, bila perah je cekodok,keluar minyak boleh tahan. Nak makan pun berbelah bagi.

Pisang apa sesuai untuk dijadikan cekodok ? Asasnya semua pisang boleh asalkan ianya dah masak ranum. Pisang bila dah masak, ianya menghasilkan lebih banyak gula. Tu sebab goreng cekodok warna keperangan. Hasil proses uraian gula tu yang dipanaskan dalam minyak. Kalau nak perang lagi, tambahlah gula melaka atau gula perang.

Pisang pilihan kami antaranya pisang lemak manis, pisang berangan,pisang kapas,pisang emas dan apa-apa pisang yang jenis masak ranum. Kalau pisang nangka atau pisang tanduk kurang sesuai.

BACA DI LINK BARU : Resipi Creampuff Aiskrim Gebu Best.Memang Sedap Sangat

Tips untuk jadikan resepi cekodok pisang ni sedap antaranya :

1- Jangan kisar adunan pisang. Cukup dengan lecakkan sahaja pisang sampai lumat kasar dalam adunan cekodok. Baru gigit rasa pisang dalam mulut.hee

2- Goreng dalam minyak yang banyak dan api sederhana sahaja. Sesuaikan kepanasan suhu minyak dengan bilangan cekodok yang digoreng pada ketika itu.

3- Untuk jadikan rasa rangup sedikit,keraskan sedikit adunan, tambahkan tepung beras. Ini pilihan. Terpulang pada tekak anda untuk mencubanya.

4- Fungsi baking soda pula untuk hasilkan poket udara dalam cekodok ketika masih digoreng. Ini akan jadikan cekodok pisang lembut.

Nak resepi cekodok pisang yang sedap ? Dengan garing di luar tapi lembut didalam dan tak serap minyak, memang anda kena cuba sendiri. Sedap rasa cekodoknya

Jom kita tengok resepi coqkodoq pisang macam orang utara panggil dia ni. Hee.

Bahan Resepi Cekodok Pisang Emas : 

  • 10 biji pisang berangan/emas saiz sederhana yang masak ranum
  • 1 1/3 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung beras
  • 2 sudu makan gula perang
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1/3 sudu teh garam
  • Sedikit air jika perlu
  • Minyak gorengan

Cara Buat Resepi Cekodok Pisang Lembut :

#1: Pisang yang masak ranum dilecak/dilenyek hingga lumat dengan manual.Hasilnya akan dapat adunan cair pisang. Tambahkan semua bahan seperti 2 jenis tepung, garam,gula,soda,baking powder.

Gaul sebati semua biar adunan cekodok sedang-sedang sahaja.Tak perlu tambah air jika tak perlu. Ikut pada kepekatan bancuhan adunan. Sambil tu panaskan minyak yang banyak dalam kuali.

Nak resepi cekodok pisang yang sedap ? Dengan garing di luar tapi lembut didalam dan tak serap minyak, memang anda kena cuba sendiri. Sedap rasa cekodoknya

#2: Tujuan guna minyak banyak untuk hasilkan cekodok bersaiz cantik bulat-bulat.Bila minyak dah panas, bolehla masukkan adunan cekodok melalui sudu atau jemput-jemput dengan tangan. Sebab tu di Kelantan, cekodok pisang lebih dikenali dengan jemput pisang.hee

Kalau anda suka keperangan, goreng lama sedikit. Selamat mencuba resepi cekodok pisang sedap ni.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom