Kami nak berikan resepi char kuey teow basah yang sangat best pada tekak kami ni. Anda boleh ikut resepi ni dengan teliti sebab semua dah diberikan 100% dah termasuk sukatan,gambar jenama sos untuk pes sos kicap char kuey teow.
Char kuey teow itu ialah maksud kuey teow goreng.Letak daun kucai, letak taugeh dan gorenglah ikut suka anda nak versi kering atau basah.
BACA DI LINK BARU : Resepi Pes Ikan Bakar Best Terangkat Dengan Air Asam
Terima kasih kepada Ben Safwan di atas sumbangan resepi char kuey teow yang sungguh menarik ini
BAHAN RESEPI CHAR KUEY TEOW PES SOS KICAP :
Resepi ni semua boleh buat 14-18kali ya untuk pes sos kicap kuey teow ni.
Mula-mula buat cili kisar dan bawang kisar untuk tumis.
Bawang Kisar :
- 6 biji bawang merah saiz 50 sem baru
- 2 ulas bawang putih
- 2cm x 1 cm halia muda
Kisar dengan air minima. Sampi hancur. Kalau rasa banyak air,tapi buang selepas kisar.
Cili Kisar :
Guna cili kering yang tak pedas,ikut lah banyak mana pun. Didihkan air,bila dah mendidih masukkan cili kering sampai lembut. Dan kisar. Siap.
Barulah Ben buatkan pes sos yang sedap ni.
Pes Sos Kicap Kuey Teow :
- 100 gram udang kecil/udang putih
- 150 gram udang besar
- 300 ml air
- 1/2 kiub ikan bilis
- 1/2 kiub pati ayam
- 250 ml Knife Kicap Soya Klasik
- 50 ml sos Golden Mountain
- 200 gram sos tiram Adabi
- 4 sudu makan Jalen Kicap Manis
- 3 sudu makan Jalen Kicap Pekat
- 2 sudu makan sos ikan jenama Squid
- 3 sudu makan perahan asam limau nipis
- 4 sudu teh garam pink crystal Halalgel
- 1 sudu makan serbuk perasa Hilal
Baru ambil semua bahagian udang ni ( udang kecil/kepala/isi/kulit) dan campur dengan 250 ml rebusan. Kisar halus.
Letak periuk atas dapur. Masukkan hasil kisar dan buka api kecil. Tambah masuk semua bahan-bahan di atas.
Bila dah sebati,tutup api.Siap pes sos kicap kuewtiaw ni.
Rebus kerang :
Beli kerang,didihkan air sampi mendidih. Masukkan kerang selama 2 minit. 2 minit tepat.
Siap.
Kuey teowpula guna versi halus. Jenama Laksamana warna pink plastik. Lebih kenyal,lambat kembang
Cara Masak Resepi Char Kuey Teow Basah :
- Minyak
- Bawang kisar
- Cili kisar
- Telur
- Isi kerang
- Udang mentah
- Air rebusan
- Taugeh dan daun kucai
- Kuey teow
- Pes sos kicap
Cara masak. Ikut betul-betul ya. Ben lebih suka masak style restoran. Masak untuk Seorang makan. Lepas tu masak lagi . Kejap je
#1: Masuk minyak 1/2 senduk yang ben guna untuk masak pes sos/gambar senduk kecil tu.Letak 3 ekor udang mentah dan goreng seketika. Api sederhana besar.
Baru tambah 1 sudu makan bawang kisar , 1 sudu makan cili kisar . Masak sampai pecah minyak sekejap guna api besar.
Masukkan pula 1 senduk pes sos kicap dan 1 senduk air. Ben dah tune 1 senduk sos = 2 senduk air . Baki 1 senduk air akan letak kemudian.
Masih dengan api besar,pecahkan 1 biji telur dan masak kacau 30 saat.
Tambah isi kerang rebus tadi,char kuew tiaw,taugeh dan kucai ikut suka dan 1 senduk air .
Besarkan api lagi dan kacau 30 saat.
Dah siap memasak. Hidangkan atas pinggan.
Tambah 1 sudu makan jeruk lada solok Ben yang special tu tanpa air jeruk – https://shopee.com.my/wanahmad1?smtt=0.0.9 ( beli di sini )
Bersama bawang goreng dan air lada jika mahu.
Phewww terbaik. Kalah sesetengah kedai yang hidangkan char kuey teow ni. Percayalah.
Dah siap resepi char kuey teow basah. Boleh anda mencubanya. Sedappp
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom