Resepi Cheese Cake Gebu Bergambar Dari A – Z . Pasti Gebu

69100
Kami sediakan tutorial bergambar resepi cheese cake gebu ini khas untuk akak-akak. Insyaallah follow dan ikut tips , pasti gebu cheese cake akak .
Kami sediakan tutorial bergambar resepi cheese cake gebu ini khas untuk akak-akak. Insyaallah follow dan ikut tips , pasti gebu cheese cake akak .

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga dari dapur.com. Teringin nak makan cheese cake gebu sendiri tapi hasil akak buat tak menjadi ? Kami sediakan khas tutorial bergambar resepi cheese cake gebu untuk akak. Jom lihat di bawah ini.

Untuk dapatkan cheese cake yang gebu dan lazat, akak perlulah tahu keju yang paling sesuai digunakan. Untuk resepi cheese cake kukus kali ini, kami menggunakan cheedar cheese . Untuk rujukan akak, boleh baca artikel  Cheese Yang Sesuai Untuk Pizza , Kek dan Biskut di sini.

Bahan yang diperlukan kali ini simple dan mudah didapati. Untuk dapatkan hasil yang gebu , akak ikut betul-betul sukatan yang kami sediakan ini. Bonus untuk akak, kami sediakan gambar dan cara penyediaan dari A- Z ye. Bahan-bahan adalah  6 keping cheese . Carikkan kecil-kecil seperti gambar di bawah. Kami gunakan keju cheddar keping . 300ml susu segar ( sebaiknya pilih yang low fat ) , 100 gram butter ( bukan mentega atau margerin ye ) , 6 biji telur ayam gred A . Asingkan kuning dan putih ke dalam bekas ,  125 gram gula ( ikut rasa akak, kalau nak kurang manis , kurangkan ), 100 gram gandum dan akhir sekali 1 sudu teh kecil esen vanila

Cara penyediaan pula senang dan tidak rumit jika akak ikut seperti yang ditunjukkan di dalam gambar. Untuk hiasan nanti , terpulang pada kakak sendiri untuk letak whipping cream atau pun icing bewarna. Kami fokuskan pada resepi cheese cake kukus yang gebu sahaja untuk kali ini.  BOLEH RUJUK GAMBAR DI BAWAH SEKALI 

Pertama, panaskan Bahan A yang terdiri daripada 6 keping keju yang dicarik halus , 100gram butter dan 300 ml susu. Gunakan api yang sederhana kecik untuk elakkan daripada hangus dan meruap. Kacau dengan spatula kayu sehingga sebati. Apabila sebati , padamkan api dan sejukkan seketika .

Kedua , untuk Bahan B, masukkan 6 biji telur putih ke dalam bekas dan dengan kelajuan hand mixer pada tahap sederhana, pukul adunan  sehingga kembang dan masukkan 125 gram gula sedikit demi sedikit. Pastikan tiada biji gula kelihatan dan pukul lagi sehingga adunan menjadi meringue atau dalam bahasa mudah = adunan akak bertanduk dan jika diterbalikkan bekas , adunan tidak tumpah ke bawah. Proses ini penting untuk dapatkan kek cheese yang gebu .

Ketiga, untuk Bahan C , pukul 6 biji kuning telur sehingga kembang menggunakan hand mixer dan akak pastikan ianya betul – betul kembang. Boleh rujuk gambar di bawah nanti. Kelajuan yang digunakan adalah pada tahap sederhana.

Keempat, di dalam bekas yang baru , akak masukkan Bahan A dan Bahan C terlebih dahulu, kacau sebati dengan spatula kayu , dan masukkan 1 sudu teh kecil esen vanila serta sedikit demi sedikit  100gram tepung gandum . Kacau sebati menggunakan spatula kayu dan barulah dimasukkan Bahan B ke dalam bekas. Kacau sebati dengan spatula kayu sahaja.

Kelima, apabila semuanya sebati , masukkan acuan ke dalam loyang bulat. Balutkkan bawah loyang dengan aluminium foil kerana kita akan membakar menggunakan kaedah double boil. Letak loyang bulat yang mengandungi air ke dalam loyang empat segi yang diisi air panas. Rujuk gambar.

Keenam, bakar pada suhu 160 – 170 ‘ C selama 20 minit menggunakan api bawah dan atas serta 20 minit lagi menggunakan api bawah sahaja untuk elakkan kek cheese akak daripada hangit atau keperangan  di bahagian atas .  Siap 🙂

 Kami sedikan khas tutorial bergambar resepi cheese cake gebu untuk akak
Kepingan cheese dan sukatan susu segar
 Kami sedikan khas tutorial bergambar resepi cheese cake gebu untuk akak
100 gram butter dan 6 biji telur yang diasingkan
 Kami sedikan khas tutorial bergambar resepi cheese cake gebu untuk akak
Kiri : Panaskan Bahan A . Kanan : Pukul  Bahan B pada kelajuan sederhana sehingga beratanduk

 

 Kami sedikan khas tutorial bergambar resepi cheese cake gebu untuk akak
Pukul telur kening sehingga kembang ataupun seperti di atas
 Kami sedikan khas tutorial bergambar resepi cheese cake gebu untuk akak
Gaulkan sebati Bahan A , B ,C seperti cara penyediaan no 4
 Kami sedikan khas tutorial bergambar resepi cheese cake gebu untuk akak
Bungkus loyang dengan aluminium foil dan bakar guna kaedah double boil. Hasil yang gebu.

Dah siap . semoga akak dapat mencuba resepi cheese cake gebu ini. Untuk topping, akak boleh guna kreativit akak sendiri ye 🙂
Untuk Resepi Cheese yang lain, , akak boleh klik link resepi di bawah ini .

Oreo Cheesecake 
Biskut Lapis Cheese
Kek Parut Cheese
Kek Keju Jepun

Itu antara senarai resepi yang popular di laman web kami .
Jangan lupa berkongsi artikel menarik ini .