Resepi Cheesecake Biskut Layer Tak Perlu Di Bakar

8337
Memang terbaik resepi cheesecake biskut layer ini . Anak-anak sangat suka dan sekejap je licin .Ringkas je tapi sangat lazat resepi cheese ni.

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga daridapur.com . Ramai yang dh baca Senarai Jenis Keju Untuk Pizza , Kek Dan Biskut Yang Paling Sesuai Digunakan kan. So , kali ni jom tengok resepi cheesecake biskut layer. Sangat senang disediakan dan rasa sangatlah sedap.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat resepi cheesecake biskut ni senang . Akak perlu sediakan sepaket besar biskut apa-apa jenis yang akak suka sama ada putih , oren , perang atau apa-apa warna pun, 1 cawan susu segar , 250 gram cream cheese ( kami suka jenama tortura ) , 250 ml whipping cream , 2/3 cawan gula kastor yang kalau akak mahu sedikit manis, boleh tambah mengikut kesesuaian dan akhir sekali , 50 ml air panas , PILIHAN – Boleh sediakan parutan cheese cheddar sebagai topping. . Senang je kan bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi cheesecake biskut ini.

Jom tengok cara penyediaan resepi cheesecake biskut ini . Kami berikan yang terlengkap untuk akak-akak cuba.

Pertama , akak masukkan cream cheese dan gula kastor ke dalam mangkuk .Putarkan dengan hand mixer pada kelajuan sederhana sehingga kembang .

Kedua , dengan menggunakan mangkuk lain, akak putarkan pula whipping cream dengan hand mixer pada kelajuan sederhana dan  sehingga whipping cream menjadi kental.

Ketiga , kaup whipping cream yang telah kental ke dalam mangkuk yang mengandungi cream cheese dan gula kastor . Kaup menggunakan spatula. Kacau rata dan masukkan air panas sedikit demi sedikit serta kacau sehinggalah semuanya sebati.

Keempat , alaskan bekas yang akak guna dengan aluminium foil untuk mudahkah acuan dikeluarkan apabila ianya sejuk.

Kelima , panaskan susu pada api api sederhana dan celup bskut yang telah akak pilih ke dalam susu sekejap untuk buatkan ianya sedikit lembik. Jangan celup sehinga hancur.

Keenam , susun biskut yang telah dicelup ke dalam bekas yang di alas tadi , selepas siap satu lapisan, masukkan satu lapisan adunan cheese cream tadi . Lapiskan secara berselang seli kedua-dua lapisan ini sehingga siap.

Ketujuh , masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan selama 2 – 3 jam untuk pastikan betul-betul sejuk dan mudah dipotong cantik. Siap. Kalau akak nak masukkan parutan cheese cheedar sebagai topping pun boleh . Atau apa-apa topping yang akak nak letak, letak je .hee

Senang je kan , tapi rasanya sangat digemari dan sedap . Untuk Resepi Berasas Cheese yang lain , akak boleh klik link resepi di bawah ini .

Oreo Cheesecake 
Biskut Lapis Cheese
Kek Parut Cheese
Kek Keju Jepun

Sila berkongsi dengan kawan-kawan jika akak rasa ini resepi terbaik dan lengkap .
Untuk lihat lagi koleksi resepi kami akak boleh klik tag di bawah. Terima kasih.

Jangan lupa klik share dan berkongsi pada kawan-kawan di facebook ye.

Cari kami di Facebook : Resepi Kek & Puding 

Resepi kek & puding