Resepi Cheesecake Coklat Ferrero Rocher Best Dari Mr Ali

10522
Jom hari ini kami kongsikan resepi cheesecake coklat ferrero rocher yang sungguh sedap ni. Mewah dan semestinya berbaloi untuk dimasukkan ke dalam tekak. 

Jom hari ini kami kongsikan resepi cheesecake coklat ferrero rocher yang sungguh sedap ni. Mewah dan semestinya berbaloi untuk dimasukkan ke dalam tekak.

Untuk memudahkan anda , kami berikan tips resepi cheesecake coklat ini sebagai panduan kepada anda.

1- Untuk mudahkan keluarkan cheesecake, pakai loyang spring form atau loose. Yang jenis boleh buka tu. Baru senang. Tak perlu alas baking paper. Nanti kek anda jadi tak cantik.

BACA DI LINK BARU :Resepi Karipap Ikan Istimewa Hidangan Terengganu.Best Tau

2- Selepas sejukkan kek di dalam peti, sebelum anda tuangkan ganache coklat, kemaskan bahagian tepi cheesecake menggunakan spatula atau apa-apa tools sesuai.Tapi kalau anda buat dalam bekas plastik, tak perlu kemas.

Terima kasih kepada Tuan Muhammad Ali yang sudi berkongsi resepi cheesecake coklat ferrero rocher ini. Moga murah rezeki tuan.

Jom hari ini kami kongsikan resepi cheesecake coklat ferrero rocher yang sungguh sedap ni. Mewah dan semestinya berbaloi untuk dimasukkan ke dalam tekak. 

Bahan Resepi Cheesecake Coklat :

Sukatan bahan resepi yang dinyatakan di bawah ini ialah untuk kek bersaiz 6 inci ya.

Bahan Tapak/Base Cheesecake :

  • 80 gram biskut digestive
  • 4 ketul ferrero rocher
  • 40 gram butter yang dah dicairkan

Bahan Cheesecake Coklat :

  • 500 gram cream cheese
  • 250 gram milk coklat / coklat susu
  • 220 gram dairy whipping cream
  • 4 ferrero rocher yang dihancurkan kecil
  • 2 sudu makan serbuk koko
  • 1 sudu teh susu pekat manis
  • 2 sudu makan gula icing
  • 1 sudu teh esen vanilla

Bahan Ganache Coklat : 

  • 140 gram dark coklat
  • 90 gram  whipping cream dairy
  • 1 sudu teh butter

Jom hari ini kami kongsikan resepi cheesecake coklat ferrero rocher yang sungguh sedap ni. Mewah dan semestinya berbaloi untuk dimasukkan ke dalam tekak. 

Cara Buat Resepi Cheesecake Coklat Ferrero :

#1: Untuk bahagian Base/Tapak

Hancurkan 80 gram digestive biscuits bersama 4 atau 3 ketul ferrero rocher. Lepas itu masukkan 40 gram butter yg dh dicairkan. Gaul sebati dan mampatkan dalam loyang 6
inci.

#2: Untuk bahagian cheesecake

Masukkan 500 gram cream cheese yg dah dibiarkan pada suhu bilik. Pukul kejap dalam 2 minit dan masukkan 250 ml milk chocolate YANG SUDAH DICAIRKAN AWAL AWAL.Boleh guna teknik double boil atau masukkan dalam microwave

Masukkan 2 sudu makan serbuk koko, 1 sudu kecil susu pekat manis dan 2 sudu makan gula icing. Akhir sekali masukkan 1 sudu kecil vanila essen.Pukul sebati semua bahan2 ni . Ketepikan dahulu

Pukul whipping cream sejuk sehingga  kental. Kental bila anda kaup dan terbalikkan senduk,dia tidak jatuh semula

Satukan cheese tadi & whipped cream pakai spatula. Gaul dalam 30 saat then masukkan 4 ketul ferrero rocher yg dh dihancurkan kecik2 dalam adunan . Sambung kaup balik sampai sebati n xde putih2 whipping cream. Dah sebati masukkan dalam loyang atas lapisan base tadi.Setkan dalam peti dalam 3 jam.

#3: Ganache coklat

Cairkan dengan teknik double boil 140g dark coklat & 90g whipping cream dairy + 1 sudu kecil butter

-Bila dah cair elok berkilat dan tak berketul,ketepikan. Biarkan dalam 15 minit. Gaul-gaul lagi coklat supaya tidak berketul. Dah jadi lembut,halus, masukkan dalam piping bag.

Keluarkan kek yang dah 3 jam duduk dalam peti, tanggalkan dari loyang. Kemas sikit2 pakai spatula supaya licin elok je dinding cheesecake sebelum dripping ganache

Dripkan dulu tepi2 tu. Drip tu kena kebelakang sikit dari hujung kek supaya drip tu jatuh dengan cantik. Dah siap drip,atas tu pakai piping jugak penuhkan ganache atas tu ya . Buat hati hati.

Letak semuladalam peti dalam sejam. Dah siap dah resepi cheesecake coklat ferrero rocher anda. Kalau anda buat dalam bekas plastik, senang tak perlu drip-drip.Tuang masuk je ke dalam bekas.

Jom hari ini kami kongsikan resepi cheesecake coklat ferrero rocher yang sungguh sedap ni. Mewah dan semestinya berbaloi untuk dimasukkan ke dalam tekak. 

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom