Resepi Cheesecake Mangga Tak Perlu DiBakar

14592
Sedapnya kan resepi cheesecake mangga ni. Tak perlu dibakar taw. Memang emnjadi fav kami bab cheese ni. Nak try ? Klik di sini.
Sedapnya kan resepi cheesecake mangga ni. Tak perlu dibakar taw. Memang emnjadi fav kami bab cheese ni. Nak try ? Klik di sini.

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga dari dapur dot com. Memang membuka selera cheese cake mangga ni , tambah-tambah buat penggemar cheesecake kan.  Hari ini , kami nak kongsikan Resepi Cheesecake Mangga Tak Perlu DiBakar yang sangat sedap dan mudah dibuat .

Sebelum bermula, disarankan anda membaca artikel ini untuk mempertingkatkan lagi kemahiran anda.

6 Kesilapan Membuat Kek Yang Perlu Anda Elak

Bahan – Bahan Untuk Bahagian Atas Resepi Cheesecake Mangga Tak Perlu DiBakar

250 gram cream cheese Philedephia
60 gram gula castor
200ml whipped cream
1 1/2 sudu gelatin *halal + 150ml air panas
1 biji mangga dipotong ikut kreativiti anda.

Cara Penyediaan Cheesecake Mangga

Menggunakan hand mixer, putarkan cream cheese dan gula kator sehingga kembang. Kemudian masukkan whipping cream ke dalam adunan cheese sehingga sebati dan akhir sekali masukkan mangga yang di potong tadi. Kacau rata dan biarkan seketika.

Bahan – Bahan Untuk Bahagian Tapak/Base

100 gram  biskut marie
100 gram biskut oreo
100 gram butter  dan dicairkan.

Cara Penyediaan Tapak/Base

Asingkan inti biskut oreo . Tidak perlukan inti tersebut. Selepas itu kisar/hancurkan biskut di atas dan campurkan dengan butter cair . Masukkan adunan  biskut ke dalam loyang dengan menekan menajdi satu lapisan padat.

Kliks Gambar Untuk Ke Halaman Pure Cambogia. New Opening Tab
Kliks Gambar Untuk Ke Halaman Pure Cambogia. New Opening Tab

Bahan – Bahan Untuk Bahagian Atas – Puri Mangga

1 biji buah mangga  dikisar halus
1 sudu besar sirap emas
1 sudu besar gelatin halal + 50ml air panas

Cara Penyediaan Bahagian Atas – Puri Mangga

Campurkan sirap emas bersama mangga yang di kisar halus. Selepas itu kacau sehingga sebati dan campurkan gelatin dan kacau lagi sehungga sebati

Ok dah siap bahan dan cara penyedian untuk 3 lapisan itu. Jadi langkah seterusnya, adalah dengan menyatukan dan menghasilkan cheesecake mangga. Caranya adalah :

Ambil loyang dan berisi dengan tapak hasil daripada biskut itu tadi. Tuang adunan cheese cake , padatkan sedikit dan akhir sekali, tuang puri mangga dan masukkan cheesecake mangga ke dalam peti ais untuk semalaman bagi menghasilkan teksur yang sesuai.

Siap dan senang kan resepi cheesecake mangga ni kan ?

Artikel Resepi/Tips lain yang boleh anda baca :

Roti Cheese Goreng Meleleh
Resepi Cheesecake Biskut Unbake
Oreo Cheesecake Lazat
Resepi Cheesecake Gebu

serta banyak lagi kami sediakan untuk anda.

Untuk artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang menarik dan lengkap, akak boleh KLIK TAG di bawah post ini atau terus ke RUANGAN MENU kami ye . Jika akak mahu cara yang senang, terus SEARCH artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang akak mahu di ruangan yang disediakan ye. Terima kasih kerana mengunjungi laman web kami .

Jangan lupa berkongsi gambar  hasil resepi yang akak buat  di inbox  Facebook Pages Kami : Resepi Kek & Puding 

Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah ini .
Smartphone –  klik button FB di bawah
Laptop – klik button share di sebelah artikel