Resepi Cheesecake Mudah Dan Best Fav Anak-Anak

4192
Sedap sungguh resepi cheesecake ikut cara ini. Mudah untuk dibuat dan hasilnya kek lembut, terasa ringan dan tak terlalu manis. Kena cuba buat cheesecake ini

Resepi cheesecake meleleh gebu gebas yang kami berikan ini sungguh mudah dan tak memerlukan langkah-langkah yang rumit tapi hasinya anda akan perolehi kek keju yang gebu gebas , sedap dimakan bila kek terasa ringan.

Memang menjadi fav anak-anak la. Buat dan simpan dalam peti ais.Sekejap je dah tinggal bekas dah.Diorang kan suka bila melibatkan cheese-cheese ini kan.Sebab resepi cheesecake jepun ni simple dan mudah dibuat , jadi tak de masalah kalau nak buat bila-bila masa.

Bagi bantu anda yang mungkin pertama kali buat resepi cheesecake ini, kami berikan sukatan bahan resepi dalam gram. Supaya tepat dan membantu anda.

BACA DI LINK BARU : esipi Japanese Cheesecake Versi Bajet Tapi Tetap Best

Tips yang boleh anda guna untuk buat resepi cheesecake ini ialah :

1- Gunakan keju slice ataupun kepingan keju.Pilih je jenama Cheesedale. Lagi sedap hasil kek nanti.

2-Untuk bakar cheesecake, cukup sekadar anda alas baking paper atau kertas minyak di dasar loyang. Tak perlu letak minyak di dinding loyang. Ini akan sebabkan kek mengecut sendiri bila anda oleh minyak. Jadi jangan oles.

Terima kasih kepada Puan Aila kerana sudi berkongsi resepi kek yang sedap ini. Semoga murah rezeki puan sekeluarga.

Sedap sungguh resepi cheesecake ikut cara ini. Mudah untuk dibuat dan hasilnya kek lembut, terasa ringan dan tak terlalu manis. Kena cuba buat cheesecake ini

Bahan Resepi Cheesecake Meleleh Sedap :

Bahan A

  • 8 keping keju slice jenama Cheesedale
  • 75 gram pure unsalt butter
  • 200 ml susu segar

Bahan B :

  • 4 biji telur gred A diasingkan terus putih dan kuningnya
  • 1/2 sudu teh cream of tartar
  • 75 gram gula kastor
  • 75 gram tepung naik sendiri
  • 1 sudu teh essen vanilla

Sedap sungguh resepi cheesecake ikut cara ini. Mudah untuk dibuat dan hasilnya kek lembut, terasa ringan dan tak terlalu manis. Kena cuba buat cheesecake ini

Cara Buat Resepi Cheesecake Sedap Dan Mudah :

#1: Untuk Bahan A, masukkan susu dalam periuk bersama dengan butter dan koyakkan kepingan keju. Barulah panaskan dengan api kecil dan kacau hingga semua bahan sebati. Nampak je sebati terus tutup api. Ketepikan.

#2: Bahan B pula, kuning telur dan putih telur diasingkan dalam bekas berlainan.

Kita buat putih telur dulu. Masukkan cream of tartar dan gula kastor dalam putih telur dan putarkan dengan mixer tangan atau mesin hingga adunan kembang dan cara untuk pastikan ianya siap ialah, aduna mula bertanduk. Dah siap. Ketepikan.

Kuning telur pula dimasukkan essen vanilla dan dipukul hingga sebati sahaja. Tak perlu kembang.

#3: Ambil Bahan A tadi dan masukkan ke dalam adunan kuning telur dengan cara tapiskan supaya licin elok dan kacau sebati pakai senduk sahaja. Barulah tambah tepung sedikit demi sedikit dan kacau manja.

Ambil adunan putih telur dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan ini dan kaup balik bila setiap kali masukkan adunan telur.

Buat hingga habis dan boleh panaskan oven sambil-sambil pada suhu 170’C selama 10 minit serta didihkan air dalam periuk.

Sedap sungguh resepi cheesecake ikut cara ini. Mudah untuk dibuat dan hasilnya kek lembut, terasa ringan dan tak terlalu manis. Kena cuba buat cheesecake ini

#4: Adunan yang sudah sebati dimasukkan dalam loyang size 8 yang telas dilapik dengan baking paper. Hentak manja sedikit dan barulah diletakkan dalam loyang yang lebih besar yang diisi dengan air panas hingga 1/3 menutupi aras loyang.

Bakar guna kaedah water bath selama 60 minit pada suhu 160’C guna api atas bawah.

Dah siap kek, boleh sejukkan dulu barulah dikeluarkan. Untuk topping cheesecake,gunakan 3 sudu cream cheese, 1 sudu teh lemon dan 2 sudu makan susu pekat yang dipukul sebati. Baru tuang atas permukaan kek dan parutkan cheddar cheese jika suka.

Selamat mencuba resepi cheesecake sedap ini.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom