Resepi Cheesekut Dua Versi Best. Leleh Vs Strawberi. Sedappp

11844

Resepi Cheesekut ? asalnya dari cheesecake biskut tapi bagi memudahkan sebutan kita di Malaysia ni , terus kepada nama cheesekut.Tapi jangan terpedaya dengan nama, dengan rasa cheese meleleh selepas disejuk beku dalam peti , memang membuat penambahan kalori badan berjaya.

Kami berikan dua versi resepi cheesekut untuk anda pilih yang mana menjadi pilihan hati. Pertama adalah versi cheese leleh hasil sumbangan resepi Puan Mazzakiatul Afifa dan satu versi lagi adalah daripada kami sendiri. Senang nak pilih yang mana berkenan.

Selain daripada resepi cheesekut leleh ini, anda boleh tengok video tutorial yang turut disediakan. Memudahkan kerja betul kan.

BACA DI LINK BARU :Resepi Puding Kek Cendol Gula Melaka Best. Tambah Cincau Yah

Versi 1 : Cheesekut Leleh :

Bahan Resepi Cheesekut Leleh :

  • 1 paket biskut kering ( apa brand pun boleh )
  • 1/3 tin susu pekat
  • 1/4 cawan susu segar
  • 250 gram cream cheese tatura
  • Serbuk milo atau nestum/oat ikut kesukaan anda.

Cara Buat Cheesekut Sedap :

#1: Masukkan cream cheese, susu pekat & susu segar. Blend sampai sebati. Nak guna mixer pun boleh.Dah sebati adunan tadi. Buat lapisan nipis dalam bekas.

Sedapnya dua versi resepi cheesekut leleh ni. Boleh pilih nak makan yang mana, Nak yang leleh atau yang masam manis strawberi. Boleh pilih ikut selera. Senang.

Biskut kering tadi, celupkan dalam susu segar dan susun biskut atas cream cheese yang dalam bekas tadi. Dah selesai susun. Lapiskan dengan cream cheese. Susun pula biskut macam tadi. Buat sampai cream cheese boleh tutup lapisan biskut paling atas.

Taburkan serbuk milo dan simpan dalam peti sejuk semalaman.Siap.

Video tuturial cheseekut leleh :

Versi 2 : Resepi Cheesekut Strawberi :

Resepi cheesekut strawberi ni mudah ja.Jom kita tengok bahan-bahan resepi yang diperlukan. Untung penggemar cheesecake dan biskut. Terus gabung kan.

Bahan-bahan Cheesekut Strawberi :

  • 250 gram cream cheese kami guna brand tortura
  • 1/3 cawan tin susu pekat manis
  • 1 1/2 paket biskut cheese Gery
  • 3 sudu makan air mineral
  • 1 cawan air panas mendidih
  • 3 sudu makan serbuk jeli brand Nona perisa strawberi
  • Buah strawberi secukupnya

resepi cheesekut strawberi cheese meleleh

Cara Buat Resepi Cheesekut Strawberi :

#1: Dalam bekas masukkan cream cheese. Putar sekejap dan masukkan susu pekat manis bersama air. Air jangan terlalu banyak nanti cair. Putarkan lagi hingga adunan sedikit kembang.Kalau cream cheese dah mula bertukar warna menjadi cerah , maksudnya boleh dah tu.

Celupkan biskut gery cheese ke dalam susu segar, celup sahaja jangan rendam ya. Lapiskan satu lapisan di dalam bekas . Masukkan cream cheese yang dah siap dibancuh menutup satu lapisan dan ulang dengan lapisan biskut berselang seli dengan lapisan cheese tadi.

#2: Panaskan hingga mendidih air , masukkan serbuk jeli dan kacau sehingga larut. Sejukkan seketika jangan terus letak atas lapisan cheesekut strawberi lak.Nanti hancur dan tak sedap.Sementara tunggu sejuk , potong dua buah strawberi,susun di atas lapisan cheese biskut.Tuangkan guna sudu topping jeli tadi di celah-celah strawberi.Jangan terlalu banyak.Selepas dah siap semua, sejukkan cheesekut strawberi anda di dalam peti ais selama 24 jam.

resepi cheesekut strawberi cheese meleleh
Siap untuk dimakan. Senang je kan dua versi resepi cheesekut best ini. Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom