Resepi Cheesekut Strawberi Meleleh Sedap Tapi Mudah

2825

Resepi Cheesekut ? asalnya dari cheesecake biskut tapi bagi memudahkan sebutan kita di Malaysia ni , terus kepada nama cheesekut.Tapi jangan terpedaya dengan nama, dengan rasa cheese meleleh selepas disejuk beku dalam peti , memang membuat penambahan kalori badan berjaya.

Jadi kali ini kami sediakan anda stey by step membuat cheese biskut strawberi ini. Fuhhh..memang terbaik lah rasa masam manis buah strawberi layan biskut cheese ni. Tambahan pula kami gunaka biskut cheese gery. Ohhhhh..memikat hati sungguh. 

Resepi cheesekut strawberi ni mudah ja.Jom kita tengok bahan-bahan resepi yang diperlukan. Untung penggemar cheesecake dan biskut. Terus gabung kan.
resepi cheesekut strawberi cheese meleleh

Bahan-bahan Cheese biskut strawberi 
250 gram cream cheese kami guna brand tortura
1/3 cawan tin susu pekat manis
1 1/2 paket biskut cheese Gery
3 sudu makan air mineral
1 cawan air panas mendidih
3 sudu makan serbuk jeli brand Nona perisa strawberi
Buah strawberi secukupnya
BACA: Manggo Cheese Cake Tak Perlu Dibakar Bersama Tips Bergambar
Oh ya , kami gunakan resepi cheesecake biskut ini bukan untuk dijual ya. Sebab itu kami guna bahan premium. Kalau untuk bisnes cheese biskut meleleh dalam bekas yang dalam RM8 tu , anda mungkin perlu tukar biskut kepada biskut biasa.Barulah ada untung. Ni kami buat sebagai penggemar cheese.
.
Jom kita tengok camna buat dia walau dah ada dalam video. Anda boleh tengok langkah demi langkah resepi cheesekut strawberi dalam video kami upload di You Tube di atas. Jangan lupa suscribe channel kami.
resepi cheesekut strawberi cheese meleleh
Pertama: Dalam bekas masukkan cream cheese. Putar sekejap dan masukkan susu pekat manis bersama air. Air jangan terlalu banyak nanti cair. Putarkan lagi hingga adunan sedikit kembang.Kalau cream cheese dah mula bertukar warna menjadi cerah , maksudnya boleh dah tu.
.
Kedua: Celupkan biskut gery cheese ke dalam susu segar, celup sahaja jangan rendam ya. Lapiskan satu lapisan di dalam bekas . Masukkan cream cheese yang dah siap dibancuh menutup satu lapisan dan ulang dengan lapisan biskut berselang seli dengan lapisan cheese tadi.
.
Ketiga: Panaskan hingga mendidih air , masukkan serbuk jeli dan kacau sehingga larut. Sejukkan seketika jangan terus letak atas lapisan cheesekut strawberi lak.Nanti hancur dan tak sedap.Sementara tunggu sejuk , potong dua buah strawberi,susun di atas lapisan cheese biskut.
.
Keempat: Rujuk  video camna kami hanya tuangkan guna sudu topping jeli tadi di celah-celah strawberi.Jangan terlalu banyak.Selepas dah siap semua, sejukkan cheesekut strawberi anda di dalam peti ais selama 24 jam. 
resepi cheesekut strawberi cheese meleleh
Siap untuk dingap. Kami gunakan bekas plastik.Senang potong dan tak sayang bila digunting.Topping cheesekut oleh ikut suka anda nak guna serbuk milo , nestum hancur atau oreo ya.Terpulang pada selera anda.
.
Jom follow kami di You Tube untuk koleksi resepi menarik yang mudah.