Resepi Cili Jeruk Rangup Tahan Lama.Best Letak Dalam Mee Goreng

47018
Bestnya makan dengan mee goreng resepi cili jeruk rangup ni.Bukan susah nak buat bila kami dah beri tips dan resepi lengkap.Guna cili muda ,ummmph sedap

Hari ni kami nak berikan anda resepi cili jeruk rangup yang tahan lama walaupun takde guna bahan pengawet pelik.Cili jeruk memang best tambah dalam menu mee celup , mee goreng atau kuewtiow goreng kan.Boleh dikatakan wajib ada la, kalau tak lemau je rasa menu tu. Tambah-tambah lagi dalam char kuew tiaw.

Tips untuk jadikan resepi cili jeruk rangup ni antaranya adalah gunakan cili besar hijau yang masih muda. Kalau di Kelantan, jenis cili yang sesuai digunakan untuk dijeruk adalah daripada cili Thailand yang bewarna hijau muda.Tapi dekat Selangor ni susah nak dapat, maka kita ganti dengan apa yang ada je.

BACA DI LINK BARU : Resepi Mee Celup Thai Yang Sama Dijual Di Kedai.Sangat Sedap

Satu lagi rahsia resepi cili jeruk rangup adalah dengan merendamkan potongan cili jeruk dengan air kapur selama 1-2 jam.Selepas itu, basuh hingga bersih 2-3 kali untuk hilangkan bau kapur. Insyaallah cili jeruk memang sangat rangup nanti.

Lepas dah siap buat letak je dalam peti dan guna sudu bersih untuk ambil, Insyaallah memang tahan lama elok dalam peti.Terima kasih kepada Mamak Haji kerana sudi berkongsi resepi cili jeruk yang sangat best ni.Boleh la kami semua mencubanya.

Bestnya makan dengan mee goreng resepi cili jeruk rangup ni.Bukan susah nak buat bila kami dah beri tips dan resepi lengkap.Guna cili muda ,ummmph sedap

Bahan Resepi Cili Jeruk Muda Rangup :

  • 250 gram cili hijau muda
  • 1 cawan cuka makan
  • 4 sudu makan gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 cawan air untuk masak cili
  • 1 sudu teh kapur makan

Cara Penyediaan Resepi Cili Jeruk Sedap : 

#1: Basuh bersih cili hijau muda dan dipotong serong mengikut ketebalan yang seragam. Lepas dah siap semua,masukkan dalam bekas.Larutkan kapur makan dengan air biar tenggelam cili, lepas tu rendamkan cili selama 1-2 jam. Toskan dan basuh bersih sekurang-kurangnya 3 kali untuk hilangkan bau kapur.Fungsi kapur adalah untuk rangupkan cili jeruk walau lama ya.

#2: Didihkan 2 cawan air dan bila dah mendidih, tutup api. Masukkan cili potong tadi dan kacau rata. Proses ini hanya ambil masak 20-30 saat sahaja.Jangan lama kacau nanti lembik.Terus tos cili.Isikan dalam bekas kaca yang dah dibasuh dengan air panas.

Bestnya makan dengan mee goreng resepi cili jeruk rangup ni.Bukan susah nak buat bila kami dah beri tips dan resepi lengkap.Guna cili muda ,ummmph sedap

Panaskan sekejap cuka,gula dan garam dengan api kecil.Tak perlu sampai mendidih cukup untuk larutkan semua bahan. Tutup api bila dah larut.Terus masukkan dalam bekas kaca yang mengandungi cili potong tadi.

#3: Biarkan 45 minit dan boleh dah guna cili jeruk anda tu. Simpan dalam peti sejuk dan cili jeruk anda boleh bertahan selama sebulan.Jangan diletak di luar peti sebab kita tak guna pengawet kimia menhalang kulat.

Siap dah resepi cili jeruk rangup.Boleh la guna untuk dimakan bersama makanan bergoreng atau mee celup.Sedap.