Video Resepi Coklat Chip Untuk Pilihan Biskut Raya Anda

31921
Salah satu pilihan untuk biskut raya anda tahun ini, apa kata cuba resepi biskut coklat chip yang rangup tapi coklatnya cair di dalam mulut. Tidak memerlukan pengisar tangan,hanya gunakan spatula dah boleh buat biskut coklat chip ini.

Ledakan zaman internet memang ada kebaikannya,salah satu bidang makanan.Kalau dulu biskut raya hanya terhad kepadajenis kebiasan yang kita dengar seperti almond london,semperit,biskut arab, kini anda boleh tambah dalam koleksi pilihan.Biskut coklat chip.

Kenapa best buat biskut raya ?

Salah satu sebabnya adalah senang dan tidak memerlukan peralatan yang mahal seperti mesin pengadun.Adunan biskut raya seperti biskut coklat chip ini hanya perlukan spatula dan mangkuk serta peralatan asas lain. Senang dibuat menggunakan bahan utama mestilah coklat chip kan.

Biskut ini terasa rangup bila digigit dengan penuh rasa coklat cair di dalam mulut.Memang tetamu terutama kanak-kanak suka coklat seperti ini.

Jika anda bercadang untuk menjual , pemilihan coklat chip perlu dititikberatkan atas faktor harga.Lainlah jika nak buat hanya untuk koleksi sendiri,boleh la guna coklat chip berjenama seperti Belgian dark atau milk choc.

Faktor persaingan harga begitu sengit akhir-akhir ini.Ada yang sanggup membuang harga terlampau rendah hingga mengabaikan kualiti biskut raya.Tepuk dada tanya selera.

Salah satu pilihan untuk biskut raya anda tahun ini, apa kata cuba resepi biskut coklat chip yang rangup tapi coklatnya cair di dalam mulut. Tidak memerlukan pengisar tangan,hanya gunakan spatula dah boleh buat biskut coklat chip ini.

Resepi biskut coklat chip ini adalah daripada Puan Zaimah Zakaria yang telah memberi keizinan kepada pihak kami untuk menyiarkan dan mengolah semula ayat mengikut kesesuaian pembaca.

BACA DI LINK BARU : Resepi Biskut Ulat Bulu Pilihan Ramai

Bahan-bahan untuk biskut coklat chip :

  • 230 gram buttercup
  • 80 gram gula kastor
  • 170 gram gula perang bukan gula merah ya.
  • 2 biji telur gred B
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 420 gram tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 500 gram coklat cip yang berkualiti untuk hasil yang puas hati

Salah satu pilihan untuk biskut raya anda tahun ini, apa kata cuba resepi biskut coklat chip yang rangup tapi coklatnya cair di dalam mulut. Tidak memerlukan pengisar tangan,hanya gunakan spatula dah boleh buat biskut coklat chip ini.

Cara-cara penyediaan biskut raya ini :
Jangan lupa tengok video tutorial di bawah untuk lebih lengkap ya.

#1: Ayak terlebih dahulu tepung gandum bersama soda bikarbonat.Ketepikan dahulu.Dalam satu bekas lain, satukan buttercup bersama gula kastor dan gula perang. Tak perlu masukkan dalam pengadun.Gunakan spatula sahaja.

#2: Masukkan esen vanilla bersama telur dan kacau sebati.Masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit dan gaul sebati.

#3: Masukkan coklat chip ke dalam adunan. Panaskan loyang 180’C selama 10 minit.

#4: Ambil adunan lebih kurang satu sudu makan dan letakkan atas loyang pembakar serta bentukkan ikut pilihan. Tak perlu alas. Jarakkan ya sebab nanti biskut akan mengembang ketika proses pembakaran.

#5: Bakar pada suhu 160’C-170’C ( mengikut oven masing-masing ) selama 20-25 minit atau sehingga perang menggunakan api atas bawah.

Bila dah sejuk,terus simpan dalam bekas kedap udara. Memang sedap rangup je biskut coklat chip ni. Selamat mencuba tau.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom 

VIDEO TUTORIAL BISKUT COKLAT CHIP