Resepi Coklat Moist Cheese

16452
Kami sediakan step by step Resepi Coklat Moist Cheese khas untuk akak. Cara penyediaan dan tips lengkap disertakan untuk hasil yang superb.
Kami sediakan step by step Resepi Coklat Moist Cheese khas untuk akak. Cara penyediaan dan tips lengkap disertakan untuk hasil yang superb.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca warga dari dapur . com . Hujung minggu ini , kami buat satu resepi yang sangat mudah iaitu resepi coklat moist cheese. Sangat senang dan simple tapi rasa coklat pekat ditambah dengan cheese, membuatkan air liur sentiasa kecur. Jom tengok bahan-bahan dan cara penyediaan mudah kek coklat moist kukus ni.

Kami menggunakan tepung kek coklat khas iaitu Praztel Moist Choc Cake yang telah mengandungi cara penyediaan , serbuk topping coklat , sukatan gula dan juga tepung bergred tinggi yang sangat memudahkan kerja .  Boleh dapatkan dengan kami di inbox RESEPI KEK & PUDING

Bahan yang mudah dan lazat
Bahan yang mudah dan lazat

Bahan – Bahan Dan Cara Penyediaan Kek Coklat

1 paket Praztel Moist Choc Cake.

Cara penyediaan pula akak hanya tambahkan 3 biji telur Gred A , 1 cawan susu, 1 cawan air panas dan 1 cawan minyak masak.

Selepas itu, akak kacau menggunakan hand mixer mengikut panduan yang telah disediakan. Selepas itu, kukus selama 45-50 minit menggunakan api sederhana.
Tips – Tutup permukaan pengukus dengan kain tuala bersih untuk elakakkan air jatuh ke atas permukaan kek. 

Hasil yang telah siap dikukus
Hasil yang telah siap dikukus

Selepas masak , biarkan ianya sejuk, akak boleh membuat topping .
Bahan-bahan dan cara penyediaan topping ( SEDIAKAN KETIKA KEK DIKUKUS )
Menggunakan mixer tangan pada kelajuan sederhana, masukkan 1/3 cawan gula , 250 gram cream cheese , 1/2 cawan whipping cream dan 1 sudu besar air perahan lemon . Gaulkan sebati sehinggalah semua larut dan biarkan seketika.

Tekan pada gambar untuk ke halaman Pure Cambogia Extra Slim selepas ini.
Tekan pada gambar untuk ke halaman Pure Cambogia Extra Slim selepas ini.

Topping ini sama seperti untuk Resepi Kek Red Velvet Kukus Step By Step . Rujuk gambar di bawah untuk hasil sebelum dan selepas.

Hasil sebelum dan selepas
Hasil sebelum dan selepas

Selepas itu, potong kek coklat moist yang telah sejuk kepada dua atau tiga lapisan melintang dan isikan dengan topping yang telah disediakan.

Untuk bahagian luar kek pula, menggunakan spatula plastik , sapu dan sadurkan sehingga menutupi permukaan kek. Tambahkan hiasan dengan kreativiti akak. Kami gunakan ceri merah dan sedikit topping coklat yang telah disediakan.

Masukkan kek dalam peti sejuk selama 1-2 jam sebelum di makan. Siap .
Jangan lupa berkongsi gambar  hasil resepi yang akak buat  di inbox  Facebook Pages Kami : Resepi Kek & Puding 

Antara resepi menggunakan cheese yang lain :
Resepi Cheesecake Biskut Layer Tak Perlu Di Bakar
Resepi Cheese Cake Gebu Bergambar Dari A – Z . Pasti Gebu
Resepi Oreo Cheesecake Lazat Yang Perlu Anda Cuba

Untuk resepi lain yang menarik dan lengkap, akak boleh KLIK TAG di bawah post ini atau terus ke Kategori Resepi kami ye . Jika akak mahu cara yang senang, terus SEARCH resepi akak mahu di ruangan yang disediakan ye. Terima kasih kerana mengunjungi laman web kami .