Resepi Coklat Peanut Butter Bar Tak Perlu Dibakar Atau Dikukus

12099
Sedapnya lahai coklat peanut butter bar ni,yang bestnya tak perlu bakar pon resepi coklat peanut ni.Kukus pun tak perlu. Hancur-hancur tekanan padat.Simpan dalam peti.Setel.Mudah kan.

Salah satu fav kami adalah coklat.Kek coklat lembab ke,coklat peanut butter bar ke,biskut disalut coklat ke,strawbery celup coklat semua sedap dan menarik kan.

Hari ni kami nak berkongsi resepi coklat peanut butter yang semestinya sedap tapi sangat senang untuk dibuat.

Anda tak perlu bakar , tak perlu kukus.Ketuk-ketuk padatkan terus siap nanti.

Untuk resepi ini,ramai yang sangka ianya manis tapi sebenarnya tidak sama sekali.Kenapa ? Pertama sebab kami guna biskut yang mudah hancur seperti biskut marie / digestive yang tiada krim.

Kedua gunakan peanut butter yang tiada sebarang perasa.Anda boleh buat sendiri atau beli sahaja di pasaraya.Pilih yang paling atau hampir semula jadi iaitu menggunakan kacang dan garam sahaja.Kalau tak nak beli,boleh buat sendiri.

BACA DI LINK BARU : Resepi Brownies Kedut Penuh Rasa Coklat Yang Mudah

Ketiga ialah pemilihan coklat.Untuk pengetahuan anda,ada pelbagai jenis coklat masakan.Dark choc , unsweetened,mildsweet,milk chocolate.

Pening ? Paling senang anda pilih je dark choc yang mana kandungan koko tinggi dan hasilnya,coklat peanut butter bar anda tak terasa manis langsung dan sangat sesuai.Best kan.

Sedapnya lahai coklat peanut butter bar ni,yang bestnya tak perlu bakar pon resepi coklat peanut ni.Kukus pun tak perlu. Hancur-hancur tekanan padat.Simpan dalam peti.Setel.Mudah kan.

Bahan-bahan resepi coklat peanut butter bar :

  • 200 gram biskut marie/digestive warna cerah
  • 120 gram peanut butter
  • 60 gram unsalted pure butter ( kalau nk guna buttercup pun boleh terpulang )

Cara-cara penyediaan bar coklat :

#1: Hancurkan biskut dengan cara pakai pengisar atau manual.Lepas tu masukkan butter dengan peanut butter.Kisar bagi sebati.

Kalau anda masukkan sekali peanut butter ke dalam base biskut,anda akan dapat base yang firm,penuh rasa peanut butter.

Tak nak masukkan peanut butter kat base biskut pun boleh cuma nanti anda akan dapat rasa biskut itu sendiri dengan butter serta base sedikit rapuh.Manakala peanut butter tu campur dengan coklat.Boleh pilih mana-mana yang anda suka.

Sedapnya lahai coklat peanut butter bar ni,yang bestnya tak perlu bakar pon resepi coklat peanut ni.Kukus pun tak perlu. Hancur-hancur tekanan padat.Simpan dalam peti.Setel.Mudah kan.

#2: Masukkan base tadi ke dalam bekas yang dah dilapik dengn baking paper. Kami guna loyang 6 inci empat segi .Tekan tekan bagi padat menggunakan sudu.Ketepikan.

#3: Double boil 200 gram dark coklat.Ratakan dalam bekas.Double boil 60 gram peanut butter dan letak atas permukaan coklat tadi.

Waktu inilah anda nak lorek corak marble menggunakan hujung sudu atau pencungkil gigi.Ikut kreativiti.

Masukkan coklat peanut butter bar dalam peti selama 2 jam. Keluarkan dengan tarik baking paper dan biarkn 10 mint suhu bilik biasa dah boleh potong dah.

Sangat sedap dan mudah resepi ni.Anda boleh ubah suai menggunakan cutter atau dibuat bulat ikut pada kretiviti anda sendiri.Selamat mencuba

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom