Resepi Cucur Badak Lengkap Dengan Resepi Inti. Best Sangat

20915
Dapat resepi cucur badak lengkap macam ni memang best.Nak cuba pun jadi rajin. Sedap sangat aihh buat menu minum petang nanti kan.Minum dengan air teh. Fuuhhhh

Hari ini kami kongsikan resepi cucur badak atau ada yang panggil coq badak.heee.Memang sedap bila kita buat sendiri, terasa rasa inti udang lebih dan rasa cucur penuh rasa ubi keledek.Bukan rasa tepung yang lebih. Itu yang sedap tu kan.

Resepi cucur badak frozen pun boleh buat ikut cara ini. Bila dah siap semua, goreng je sekejap lepas lebih kurang 1/3 masak, lepas tu masukkan dalam plastik dan boleh dah simpan dalam freezer. Mudah je kan.

Tips untuk dapatkan cucur badak yang cantik elok senang je :

1- Lebihkan ubi keledek daripada tepung.Jangan risau adunan menjadi lembik sebab itu memang normal. Ikut je sukatan bahan yang telah diberikan di bawah ini.

2- Untuk elakkan doh cucur badak melekat pada tangan semasa membentukkan doh, sapu sedikit minyak masak pada tangan.

BACA DI LINK BARU : Resepi Kuih Bakar Pandan Tanpa Telur. Best Sangat Kerak Tepi Dia Kannn

3- Nak inti cucur badak yang sedap dan tak pedas, gunakan cili kering yang pendek dan paling gemuk. Jangan guna yang kurus dan kerinting, nanti pedas rasa inti udang kelapa nanti.

Terima kasih kepada Puan Zaimah Zakaria di atas perkongsia resepi cucur badak ini .Semoga murah rezeki puan sekeluarga.

Dapat resepi cucur badak lengkap macam ni memang best.Nak cuba pun jadi rajin. Sedap sangat aihh buat menu minum petang nanti kan.Minum dengan air teh. Fuuhhhh

Bahan Resepi Cucur Badak Mudah :

Bahan Inti : 

  • 1 biji kelapa parut saiz sederhana
  • 10 – 15 tangkai cili kering
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai saiz kecil
  • 1 biji bawang merah saiz bola tenis
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 mangkuk udang kering

Cara Buat Inti Cucur Badak :

#1: Masukkan semua bahan kecuali kelapa parut.Kisar dulu hingga lumat.Ketepikan. Kisar kering kelapa parut supaya halus.Kalau nak gantikan udang kering dengan udang geragau pun boleh. tiada masalah.

Masukkan dalam kuali semua bahan dan masak hingga kering.Tak perlu letak minyak ya.Bila dah kering elok, perasakan dengan garam dan gula mengikut selera. Guna api perlahan sahaja. Ketepikan

Bahan Resepi Cucur Badak Bahagian Kulit :

  • 1/2 kilogram ubi keledek oren
  • 1 sudu makan marjerin
  • 1 cawan tepung gandum
  • Secubit garam

Cara Buat Resepi Cucur Badak Sedap :

#1: Ubi keledek oreng direbus atau dikukus terlebih dahulu hingga empuk. Lenyekkan ketika ianya masih panas menggunakan sudu. Lepas tu baru ketepikan hingga betul-betul sejuk.

Bila dah sejuk, masukkan tepung, marjerin dan juga secubit garam.Uli sekata dan bulatkan-bulatkan doh ikut saiz yang diingini. Nak cantik, timbang setiap doh.

Dapat resepi cucur badak lengkap macam ni memang best.Nak cuba pun jadi rajin. Sedap sangat aihh buat menu minum petang nanti kan.Minum dengan air teh. Fuuhhhh

#2: Doh bulat-bulat tadi diratakan/dileperkan dan masukkan inti dalam anggaran 1/2 sudu makan mengikut saiz doh anda. Tutup balik dan gentelkan bagi cantik bulat semula.Tak nak melekat jangan lupa oles sikit minyak pada tangan anda ya.

Dah siap semua boleh la panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana hingga kekuningan.

Sedap makan kuih cucur badak ini sebagai menu minum petang.Selamat mencuba tau.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom