Resepi Cucur Jawa Cantik Elok Best Terbentuk. Dah Macam Topi Kan.

8733
Lama dah kan tak makan kuih topi ni. jangan risau, kami beri penuh tips resepi cucur jawa khas untuk anda cuba sendiri di rumah. Rangup lembut.Bestnya kan.

Selamat bertemu kembali. Hari ini sudi kiranya kami kongsikan resepi cucur jawa yang cantik elok bentuknya.Dengan permukaan terbentuk seperti topi di lapisan bawah, hujung cucur jawa pula rangup, memang sangat sedap. Di sesetengah tempat , ada yang panggil kuih ini sebagai kuih topi.

Kalau tengok pada bahan-bahan resepi cucur jawa ini, sangat ringkas tapi anda memerlukan tips dan cara buat yang betul. Ok jangan risau, kami beri.

1- Penggunaan tepung beras jenama betul memainkan peranan besar dalam pembuatan kuih ini. Pastikan anda pilih tepung beras cap 3 gajah seperti dalam gambar dibawah ini.

Lama dah kan tak makan kuih topi ni. jangan risau, kami beri penuh tips resepi cucur jawa khas untuk anda cuba sendiri di rumah. Rangup lembut.Bestnya kan.

2- Wajib perap adunan cucur jawa ini 6-7 jam.Seeloknya anda bancuh pada waktu malam, biarkan dan boleh digoreng cucur jawa pada waktu pagi. Ini untuk dapatkan rasa kuih cucur jawa yang sedap.

3- Untuk pastikan bahagian topi terbentuk naik,minyak kena betul-betul panas danpastikan anda guna kuali yang berlekuk.Bukan kuali rata. Minyak kena banyak dan api jangan terlalu besar. Goreng cucur jawa sebiji demi sebiji.

BACA DI LINK BARU : Resepi Pau Sambal Ikan Bilis Gebu Gebas. Best Sangat Tau

Dah dapat kan tips dia kan. Terima kasih kepada Puan Wan Noor Fadhilah di atas sumbangan resepi cucur jawa ni.Semoga puan sekeluarga murah rezeki sentiasa.

Bahan Resepi Cucur Jawa Rangup :

  • 2 cawan tepung beras
  • 2/3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • Secubit garam
  • 1 1/2 cawan air

Pastikan anda guna cawan metrik sukatan standard 250ml untuk lebih tepat tau. Senang.

Cara Buat Resepi Cucur Jawa Sedap :

#1: Dalam satu bekas, masukkan semua bahan dan kacau hingga sebati.Biar tiada yang berketul dan cair elok. Tak perlu tapis apa semua. Selepas itu perap minima 6-7 jam. lagi elok, semalaman. Senang. Buat malam ,esok goreng.

Nak menggoreng tu, keluarkan kuali kecil, isi minyak dan panaskan. Guna kuali leper berlekuk ya. Masukkan satu senduk tepung bancuhan dari tempat tinggi sikit dan biarkan ianya menjadi topi di bahagian atas. Minyak kena panas tapi guna api sederhana.

Lama dah kan tak makan kuih topi ni. jangan risau, kami beri penuh tips resepi cucur jawa khas untuk anda cuba sendiri di rumah. Rangup lembut.Bestnya kan.

Bila dah nampak perang dibahagian tepi,balikkan kuih topi ni berhati-hati. Biarkan sekejap dan dah boleh angkat dah.

Cucur jawa yang menjadi ialah bila bahagian tepi rangup dan bahagian tengah yang berbetuk topi tu lembut. Senang je kan cara buat kuih ni. Cuma memerlukan tips yang betul je. Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom