Resepi Cucur Udang Rangup Lawan Sos Kacang,Best Sangat Aih.

16569
Resepi cucur udang rangup ni memang best la.Tambah-tambah kami bagi lengkap dengan resepi sos kacang untuk cicah bersama. Jom pakat buat cucur udang.Terbaik

Kami mahu bagi resepi cucur udang rangup dan lembut Utara style.Makan dengan sos kacang pula memang sedap betul. Bukan main-main resepi cucur nya,lembut elok lepas tu tak serap minyak. Terbaik. Kadang-kadang kesian dan hilang mood kan, bila goreng cucur, ianya lembik dan banyak minyak. Penat buat tak hilang.

Tapi jangan risau,kami ada untuk berikan tips terbaik untuk anda cuba. Kena ikut jika nak hasil cucur udang yang rangup dan lembut di dalam.

1- Gunakan air ais dalam adunan cucur. Ini akan hasilkan cucur yang digoreng tidak akan serap minyak, rangup di luar serta lembut.

2- Kawal penggunaan baking soda atau yis untuk dapatkan tekstur cucur udang ikut selera anda. Dalam resepi ini guna 1 sudu teh baking soda dan hasilkan cucur lembut. Kalau nak lebih rangup dan bertepung, gunakan 1/2 sudu teh sahaja.

BACA DI LINK BARU : Resepi Kuih Kapit Mudah Guna Acuan Trio. Memang Best Dan Senang

3- Cucur udang sedap makan dengan sos kacang dan keropok keping. Jadi jangan risau, kami berikan 2 resepi sekaligus untuk anda. Bestkan.

Terima kasih kepada Tuan Ben Safwan di atas sumbangan resepi cucur udang lembut ini. Moga tuan dimurahkan rezeki sekeluarga.

Resepi cucur udang rangup ni memang best la.Tambah-tambah kami bagi lengkap dengan resepi sos kacang untuk cicah bersama. Jom pakat buat cucur udang.Terbaik

Bahan Sos Kacang Ringkas Tapi Sedap :

  • 200 gram kacang tanah
  • 8 tangkai cili kering gemuk pendek tak pedas
  • 1/2 keping gula melaka
  • 2 sudu makan udang kering gred A
  • 350-400 ml air
  • Gula perang/gula putih secukupnya
  • 1/2 sudu teh garam halus

Cara Buat Sos Kacang Sedap Dimakan Dengan Cucur Udang Sayur :

#1: Sangai kacang tanah iaitu goreng tanpa minyak,bila nak siap lebih kurang 30% lagi,masukkan cili kering yang dibuang biji,sangai bersama. Tujuan sangai nak buang rasa mentah cili kering.

Kisar cili kering,udang kering dulu dengan sedikit air dari jumlah air di atas. Bila dah halus baru masukkan kacang tanah yang dah dibuang kulit,kisar 90% hancur. Kalau rajin dan nak bertambah sedap, tumbuk dengan lesung.

#2: Masukkan semua bahan dalam periuk,masak hingga mula mendidih. Tambah gula perang dan garam ikut selera. Dah nampak pekat sikit, boleh lah tutup api. Kita sambung buat cucur udang pula.

Resepi cucur udang rangup ni memang best la.Tambah-tambah kami bagi lengkap dengan resepi sos kacang untuk cicah bersama. Jom pakat buat cucur udang.Terbaik

Bahan Resepi Cucur Udang Rangup Sayur :

  • 200 gram isi udang dicincang
  • 1 batang lobak merah sederhana
  • 2 bawang merah saiz bola pingpong
  • 2 cili besar merah
  • 1 cekak daun bawang
  • 1 biji telur ayam
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sdt baking soda
  • 200 ml air ais
  • 1/2 sdt garam

Cara Buat Resepi Cucur Udang Utara :

#1: Potong halus/racik/ikut suka semua bahan. Campur semua bahan. Sukatan ini akan hasilkan cucur yang sangat lembut dan dapat dalam 13-15 biji. Kenyang sangat dah

Kalau nak rangup dan rasa bertepung lagi,tak perlu letak baking soda.

#2: Panaskan minyak banyak,apa lagi jemput jemput nak guna tangan ke sudu, masuk dalam kuali. Jangan goreng banyak sekali gus. Terbalikkan bila dah masak.Angkat bila siap. Potong,masukkan timun,hirisan lobak merah dan keropok keping bagi bercampur segala rasa.

Dah siap dah resepi cucur untuk anda cuba.Insyaallah sedap sangat.Selamat mencuba

Resepi cucur udang rangup ni memang best la.Tambah-tambah kami bagi lengkap dengan resepi sos kacang untuk cicah bersama. Jom pakat buat cucur udang.Terbaik

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom