Resepi Cucur Udang Rangup Dan Lembut Untuk Hidangan Petang

69141
Memang best kan Resepi Cucur Udang Rangup dimakan ketika masih panas. Untuk mendapatkan cucur udang yang rangup , anda harus cuba resepi ini.Klik gambar.
Memang best kan Resepi Cucur Udang Rangup dimakan ketika masih panas. Untuk mendapatkan cucur udang yang rangup , anda harus cuba resepi ini.Klik gambar.

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada warga dari dapur . Teringin makan kuih hidangan petang ? Apa kata anda cuba resepi cucur udang rangup  yang boleh dibuat sendiri di rumah.

Orang kata cucur udang best dekat alor gajah . Betul ke ? Popular dekat sana kan. Ada dua jenis pencicah untuk dimakan bersama cucur ni. Satu sos cili satu kuah kacang. Kami suka sos cili.

Memang best kan cucur udang bila dimakan tambah-tambah waktu petang dengan air teh o panas. Dengan isi cucur dalam yang lembut, manis rasa udang tapi rangup di luar. Best. Untuk mendapatkan cucur udang yang rangup , anda harus cuba resepi ini.

Bahan – bahan resepi cucur udang sedap

  • 2 cawan tepung gandum
  • 6 ekor udang yang dibuang kulit dan dipotong kecil
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil serbuk yis
  • 1 biji bwg besar di potong dadu
  • sedikit daun bawang/daun kucai
  • 1 1/2 cawan air suam
  • 1 cawan taugeh
  • 1 lada besar dipotong dadu
  • garam secukup rasa
  • sedikit serbuk kunyit

Resepi Cucur Udang Rangup Dan Lembut Untuk Hidangan Petang

Cara Penyediaan Resepi Cucur Udang Rangup

#1: campurkan serbuk yis tadi dengan sedikit air suam  dalam cawan dan  biarkan sekitar  5
minit dengan bekas tertutup. Jika kelihatan yis mengembang, itu tandanya yis anda sudah aktif

#2: masukkan campuran serbuk yis tadi ke dalam adunan tepung dan campuran semua bahan di atas . Biarkan adunan tertutup selama 30 minit untuk memastikan anda dapat cucur udang yang rangup bila digoreng nanti.

#3: adunan cucur udang boleh digoreng selepas 30 minit menggunakan minyak yang telah dipanaskan dengan api sederhana . Siap. Boleh lah makan cucur dengan kuah kacang atau pun sos cili .

Terima kasih kepada Puan Tahrunnisah Jali atas keizinan berkongsi gambar dan resepi cucur udang rangup ini. Semoga bermanfaat untuk kami sendiri dan anda juga .

Bahan-bahan untuk sos cili :

  • 5-6 biji cili merah*
  • 3 ulas bawang putih*(*dikisar dengan 1/2 cawan air)
  • 1/4 cawan cuka makan cap Jalen
  • 1/3 cawan gula atau secukup rasa
  • 1/4 sudu teh teh garam

Resepi Cucur Udang Rangup Dan Lembut Untuk Hidangan Petang

Cara untuk membuatnya :

#1: Masukkan cili yang telah dikisar bersama bawang putih dan air ke dalam periuk. Masukkan gula dan garam. Kacau rata dan masak dengan api kecil hingga mendidih dan pekat.

#2: Tuang cuka makan, kacau dan masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidang bersama cucur udang tadi.

Jangan lupa suscribe channel You Tube kami untuk koleksi video tutorial kek,biskut,kuih dan masakan menarik yang lengkap. Cuba tengok resepi pilihan lain di bawah,senang kan</>