Resepi Curry Puff Rangup Dari Dapur

8408
Memang sangat terangkat Resepi Curry Puff Rangup Dari Dapur ini. Senang buat dan cepat. Rasa aroma kari daging begitu sebati dalam curry puff yang best ini.
Memang sangat terangkat Resepi Curry Puff Rangup Dari Dapur ini. Senang buat dan cepat. Rasa aroma kari daging begitu sebati dalam curry puff yang best ini.

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga dari dapur .com . Alhamdulillah, kembali dengan tugas biasa selepas bercuti seminggu sempena cuti sekolah. Kali ini kami membawakan  Resepi Curry Puff Rangup yang senang di buat dan lengkap. Jom tengok bahan-bahan dan cara buat di sini :

Bahan-bahan yang diperlukan untuk curry puff ni kami guna yang paling senang dan tak perlu diuli . Jimat masa kan 🙂

1 bungkus puff pastry yang boleh didapati di pasaraya. Jenama apa-apa yang sesuai. Kami guna jenama Kawan seberat 40 gram yang mengandungi 10 keping ,

Untuk inti , bahan-bahan adalah : 

200gram daging lembu cincang jenama Ramly . Dalam paket ini seberat 800 gram . Gunakan satu keping/200 gram sahaja.
160 gram kentang dipotong dadu
4 ulas bawang merah bersaiz kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 paket serbuk kair yang dicampurkan dengan sedikit air
10 helai daun kari
1 batang kecil kayu manis
2 biji bunga lawang
1 biji cengkih
1 biji buah pelaga yang diambil bijinya sahaja.

 

Tekan pada gambar untuk ke halaman Pure Cambogia Extra Slim selepas ini.
Tekan pada gambar untuk ke halaman Pure Cambogia Extra Slim selepas ini.

Cara menyediakan inti power dan cury puff  adalah :

Pertama , rebus kentang yang dipotong dadu sehingga empuk . Sementara menunggu empuk , kisar bawang merah, bawang putih dan halia.

Kedua , kentang yang empuk dibiarkan seketika, di dalam periuk lain dengan api sederhana, tumis bahan kisar dengan sedikit minyak , selepas itu masukkan kayu manis, bunga lawang, cengkih, pelaga dan daun kari.

Ketiga , selepas semua bahan kekuningan dan naik bau, masukkan serbuk kari yang dicampur air tadi , kacau seketika dan masukkan daging cincang. Setelah daging cincang masak dengan api kecil, masukkan kentang yang direbus empuk tadi dan kacau sebati. Biarkan semua bahan sebati dan menjadi sedikit kering barulah ditutup.

Keempat , inti yang telah masak tadi dibiarkan sejuk. Ambil sekeping puff pastry , canai sedikit dan masukkan sesudu kecil inti di bahagian tengah. Lipat puff pastry menjadi segitiga dan canaikan bahagian tepi dengan garpu supaya inti tidak keluar. Ulang sehingga selesai. Inti yang tidak habis boleh disimpan di dalam peti menggunakan bekas kedap udara.

Kelima ,  apabila selesai semua, aturkan curry puff ke dalam loyang pembakar, panaskan oven selama 5 minit pada suhu 180’C . Selepas itu masukkan curry puff dan bakar selama 9 – 10 minit . Siap  dah
Resepi Curry Puff Rangup Dari Dapur.

Jangan lupa berkongsi gambar  hasil resepi yang akak buat  di inbox  Facebook Pages Kami : Resepi Kek & Puding 

Untuk resepi lain yang menarik dan lengkap, akak boleh KLIK TAG di bawah post ini atau terus ke Kategori Resepi kami ye . Jika akak mahu cara yang senang, terus SEARCH resepi akak mahu di ruangan yang disediakan ye. Terima kasih kerana mengunjungi laman web kami .

Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah ini .
Smartphone –  klik button FB di bawah
Laptop – klik button share di sebelah artikel