Resepi Daging Bakar Danok Best Sangat. Siap Air Asam Terbaik.

249666
Daging yang lembut dibakar dan dicicah dengan air asam Thai.Memang power resepi daging bakar danok ini. Memang patut anda cuba tau. Tak menyesal.Best

Kami nak kongsikan resepi daging bakar yang sangat sedap untuk anda cuba sendiri di rumah. Dengan daging yang diperap dengan ala thai , guna pula bahagian yang ada sedikit lemak untuk lagi menyelerakan , lepas tu aroma bakar dan diakhiri dengan cicah dalam sos pencicah Thai . Memang best sangat.

Kalau sebut je daging bakar, ada banyak cara anda boleh buat antaranya resepi daging bakar danok, daging bakar black pepper, daging bakar thai dan sebagainya. Pilih aja yang mana mahu. Untuk bahagian daging, anda boleh pilih mana-mana bahagian kesukaan. Tak semestisnya daging batang pinang sahaja.

Salah satu tips resepi daging bakar danok ini ialah, untuk anda cepat lembutkan daging semasa dibakar, perap semalaman dan hiris halia dalam bentuk kepingan. Perap sekali dengan daging.

BACA DI LINK BARU : Resepi Pulut Panggang Best Dengan Dua Jenis Inti Kami Beri

Satu lagi teknik ialah anda perap semalaman dan masukkan ke dalam tempat sejuk beku lebih kurang 1 jam. Hiris daging nipis-nipis dan barulah bakar. Cepat juga lembutnya.

Bahan peradan daging bakar ini memang sedap bila guna sos ikan, sos tiram, gula melaka dan minyak serta bahan lain lagi.

Ada orang suka daging yang seratus peratus daging , ada orang suka daging yang bercampur lemak-lemak sikit. Jadi nak guna batang pinang ke sirloin ke rusuk ke atau bahagian peha,tiada masalah kan.

Terima kasih kepada Puan Diaz Yushazlina di atas sumbangan resepi daging bakar thai yang menyelerakan ini. Memang kecur air liur dibuatnya kan.

Daging yang lembut dibakar dan dicicah dengan air asam Thai.Memang power resepi daging bakar danok ini. Memang patut anda cuba tau. Tak menyesal.Best

Bahan Perapan Resepi Daging Bakar Thai Sedap :
Kuantiti untuk sekilo daging

  • 1 kilogram daging
  • 1 sudu teh sos ikan
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan gula merah hancur
  • 1 keping saiz sederhaa gula melaka
  • 1 sudu teh  lada hitam yang ditumbuk
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 2 sudu serbuk cukup rasa

Cara Buat Resepi Daging Bakar Berempah :

#1: Bersihkan daging dan perap dengan bahan-bahan ini semalaman. Anda boleh ikut teknik di atas. Bakar di atas pemanggang ajaib atau menggunakan arang jika mahu. Sambil bakar, kita sediakan sos pencicah daging bakar pula.

Bahan Sos Resepi Daging Bakar :

  • 1 batang akar daun ketumbar
  • Sedikit daun ketumbar
  • 1 sudu makan berasa disangai
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 2 biji limau nipis
  • 1 sudu teh brown sugar/gula perang hancur
  • 1/2 keping gula melaka
  • 1/2 sudu makan chili flakes
  • 1/2 sudu makan sos cili
  • 1/2 sudu makan sos tiram
  • 1 biji bawang besar di hiris nipis.

Cara Buat Air Asam Thai Daging Bakar :

#1: Tumbuk kasar beras sangai dulu.Tambah akar ketumbar dan bawang putih. Tumbuk lagi bagi hancur. Baru masukkan gula melaka,gula perang dan tumbuk supaya semua sebati.

Keluarkan dalam mangkok dan masukkan segala bahan iaitu sos ikan, air perahan asam limau nipis, sos cili, sos tiram, hirisand daun ketumbar,hirisan bawang besar .

Akhir sekali, tambah masuk chili flakes dan rasa. Kalau ada kurang , tambahkan yang mana patut bagi kena dengan selera.

Daging yang lembut dibakar dan dicicah dengan air asam Thai.Memang power resepi daging bakar danok ini. Memang patut anda cuba tau. Tak menyesal.Best

Memang sedap habis la resepi daging bakar ini. Lembut dan kena pula dengan sos. Selamat mencuba

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom