Resepi Daging Dendeng Sedap Tahan Lama Buat Bekal Travel

63066
Kalau asyik bawa sambal bilis bekal travel,lepas ni bawa je resepi daging dendeng ni.Memang lagi sedap dan tahan berhari-hari sebab kita masak sampai kering

Hari ni kami nak bagi resepi daging dendeng.Mesti ada pembaca yang tertanya tanya apa itu dendeng ? Masakan cara dendeng ni boleh dikatakan berasal dari Indonesia oleh masyarakat Minangkabau. Ianya adalah daging yang dihiris nipis dan dikeringkan melalui kaedah gorengan dan dicampurkan dengan rempah ratus kering serta bahan lain supaya tahan lama beberapa hari. Sebabnya orang dulu-dulu kan mengembara berjalan kaki.Jadi sesuai sangat la masakan jenis ini.

Sesuai dengan peredaran zaman dan status budaya masyarakat itu sendiri, resepi daging dendeng ini lebih mengikut kepada masyarakat setempat untuk bahan rempah ratusnya. Jadi jangan pelik kalau ada yang letak daun limau purut ke, serai ke tapi di tempat lain tiada. Ianya variasi masakan daging dendeng itu sendiri.

Resepi daging dendeng ni pula tahan lama sebab tiada penggunaan santan dan dimasak hingga kering bahan-bahanya.Rasanya yang seakan rendang kering tapi yang pastinya bukan rendang sebab guna banyak bahan dan anda boleh buat sebab kami berikan resepi lengkap

BACA DI LINK BARU : Resepi Tauhu Begedil Dengan Sambal Kicap Power. Mudah Tapi Berbaloi Sedap

Terima kasih kepada Puan Mariana Zainal ( nak belajar buat biskut pjj boleh pergi ke fb beliau ya ) di atas perkongsian resepi daging dendeng ni. Memang best sangat.

Kalau asyik bawa sambal bilis bekal travel,lepas ni bawa je resepi daging dendeng ni.Memang lagi sedap dan tahan berhari-hari sebab kita masak sampai kering

Bahan Resepi Daging Dendeng Lembu : 

  • 1 kilogram daging lembu yang bahagian isi
  • 6 batang serai diketuk pastu goreng sampai agak perang dan toskan (serai memang kena banyak baru original dendeng)
  • 10 helai daun limau purut
  • 1 cawan air rebusan daging
  • 2 sudu makan gula
  • 1/2 cawan air asam jawa (sederhana cair)
  • Sedikit bahan perasa
  • Kicap manis
  • Kicap masin
  • 1 1/2 cawan bawang goreng

Bahan Kisar :

  • 25 tangkai cili kering(nak pedas boleh tambah)
  • 3 biji bawang besar sederhana
  • 8 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 5 batang serai hiris
  • 1 cawan minyak masak
    (kisar semua bahan ini)

Cara Penyediaan Resepi Daging Dendeng :

#1: Daging lembu tadi direbus hingga lembut lepas tu dihiris-hiris nipis. Air rebusan jangan buang ya. Renjiskan daging dengan kicap manis dan gaul rata. Panaskan minyak dan goreng daging sekadar keperangan di bahagian luar. Lepas tu tumbuk dengan lesung bagi ianya berurat. Jangan lupa goreng serai yang diketuk tu. Potong dalam anggaran setengah 2 cm setiap satu.

Kisar bahan kisar lepas tu tumis dalam kuali. Carikkan 5 helai daun limau purut dan masukkan serai yang digoreng tadi. Masak dengan api sederhana kecil hingga pecah minyak 2-3 kali dan berubah warna. Kalau rasa minyak banyak sangat waktu ni, boleh buang sedikit ikut tahap anda nak. Cara mudah, layur tisu atas permukaan minyak untuk meresap.

Kalau asyik bawa sambal bilis bekal travel,lepas ni bawa je resepi daging dendeng ni.Memang lagi sedap dan tahan berhari-hari sebab kita masak sampai kering

Masukkan pula gara,gula,air asam jawa dan masak hingga agak garing.Baru tambah air rebusan daging tadi dan masukkan kicap manis lebih sikit dan kicap masin sedikit.Masakkan hingga pekayt dan hampir kering baru masukkan daging yang ditumbuk tadi.

#2: Gaul sebati daging dan tambah baki daun limau purut. Biarkan atas api bagi kering bebetul dan tambah bawang goreng.Gaul lagi,sesuai rasa jika perlu lepas tu siap.

Insyaallah tahan berhari-hari resepi daging dendeng anda.Sesuai sangat kalau nak bawa g travel atau masuk hutan.Best kan.Boleh la cuba nanti.