Resepi Daging Masak Hitam 2 Versi Untuk Harian Dan Kenduri

3325
Sedapnya daging masak hitam bukan sahaja buat makan dengan nasi putih, buah cicah dengan pulut, ketupat palas pun sedap kan.Untuk elakkan daging masak hitam keras , liat dan terlebih rasa, kami berikan tips yang boleh anda ikut ketika masak daging ini.

Untuk pilihan daging yang ada, anda boleh gunakan sama ada daging lembu segar, frozen dan juga daging kerbau frozen yang mudah didapati di pasaran.

Untuk resepi daging kali ini, kami berikan anda dua pilihan resepiu daging masak hitam untuk masakan harian dan juga untuk kenduri kecil-kecilan yang menggunakan 5 kilogram daging.

BACA DI LINK BARU : Resepi Sup Daging Sedap Tapi Mudah Pasti Memikat Selera

Tips untuk buat daging masak hitam lebih sedap dan menyelerakan :

1- Jika anda guna daging segar iaitu daging lembu tempatan, tak perlu rebus dahulu tapi jika gunakan daging kotak sama ada daging kerbau atau daging lembu import, pastikan anda rebus terlebih daging sehingga 80-90% lembut.

2- Salah satu cara untuk pastikan daging cepat emput, masukkan garfu ketika merebus atau mereneh daging.Salah satu lagi cara ialah masukkan biji kurma.

3- Hanya gunakan air yang seminima mungkin ketika mengisar bawang supaya hasil tumisan daging hitam tidak terlalu berair sebab daging itu sendiri akan keluarkan air ketika mereneh.

4- Jangan terlalu awal masukkan perasa garam gula.Oleh kerana daging masak hitam ini dalam kategori mereneh sedikit,perasa garam gula dimasukkan akhir sekali untuk elakkan terlebih.

Versi pertama adalah daripada Puan Saba Natasha yang ada buah keras dalam hidangannya.Fungsi buah keras ini buatkan rasa masakan daging hitam menjadi lebih lemak.

Sedapnya daging masak hitam bukan sahaja buat makan dengan nasi putih, buah cicah dengan pulut, ketupat palas pun sedap kan.Untuk elakkan daging masak hitam keras , liat dan terlebih rasa, kami berikan tips yang boleh anda ikut ketika masak daging ini.

  • 1 kilogram  daging di potong saiz rendang,basuh dengan tepung gandum
  • Sedikit minyak masak untuk menumis

Bahan Kisar :

  • 5- 10 batang serai saiz sederhana
  • 15 tangkai cili kering – boleh tambah jika suka pedas
  • 4 inci halia muda
  • 5-6 biji bawang besar / bawang besar kuning saiz sederhana
  • 5 biji buah keras untuk rasa lema
  • 1 labu bawang putih

Bahan perasa :

  • 1/2 botol kecil kicap pekat Jalen warna merah
  • 2 sudu makan  gula
  • 5 sudu makan  gula merah
  • 3 sudu makan asam jawa yang diramas dengan sedikit air
  • Sedikit garam
  • Bawang besar dimayang

Sedapnya daging masak hitam bukan sahaja buat makan dengan nasi putih, buah cicah dengan pulut, ketupat palas pun sedap kan.Untuk elakkan daging masak hitam keras , liat dan terlebih rasa, kami berikan tips yang boleh anda ikut ketika masak daging ini.

Cara Penyediaan Daging Masak Hitam : 

#1: Sediakan bahan kisar di atas.Panaskan minyak untuk menumis.Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis hingga mula pecah minyak dengan guna api sederhan.

#2: Masukkan daging yg di potong dan ditos tadi. Biarkan masak sehingga daging lembut dan pecah minyak sekitar 30 minit untuk daging segar manakala jika guna daging frozen,dalam 40-45 minit.Boleh guna tips untuk lembutkan daging di atas

#3:Bila daging dah lembut., masukkan  air asam jawa,gula ,gula merah serta garam sedikit dahulu.Sebab kita nak masak bagi kuah pekat bersalut . Baru perasakan buat kali terakhir. Jika suka, masukkan sekali bawang besar hiris sebagai hiasan. Bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidangkan.

Untuk versi yang kedua ini sesuai untuk anda yang ingin buat kenduri kecil-kecilan.Menu daging masak hitam ini sesuai untuk dimakan dengan nasi tomato,nasin hujan panas malah nasi minyak.Terima kasih kepada Tuan Luqluq Makhnun atas resepi yang sedap ni.

Resepi ini untuk daging sebanyak 5-6 kilogram ya.Gandakan bahan jika anda mahu guna lebih banyak daging ya.

Bahan-bahan resepi daging masak hitam sedap :

  • 5 kilogram daging potong saiz rendang dan dibersihkan
  • 2 kilogram bawang besar/bawang holland blend kasar kemudian tapis(air bawang jgn buang nanti blh bancuh rempah dan blend cili)
  • 200 gram rempah kari daging
  • 2 cawan cili mesin
  • 2 sudu makam penuh lada hitam
  • 3 cawan kicap lemak manis
  • 1/2 cwn gula merah

Bahan Tumis Daging Masak Hitam : 

  • 1 kg bawang besar ungu hiris nipis
  • 3 labu bawang putih hiris nipis
  • 3 inci halia dimayang halus
  • 4 serangkai kayu manis, bg lawang, bg cengkih dan buah pelaga
  • 5 tangkai daun kari

Sedapnya daging masak hitam bukan sahaja buat makan dengan nasi putih, buah cicah dengan pulut, ketupat palas pun sedap kan.Untuk elakkan daging masak hitam keras , liat dan terlebih rasa, kami berikan tips yang boleh anda ikut ketika masak daging ini.

Cara Penyediaan Daging Masak Hitam Kenduri :

#1: Panaskan minyak tumis 4 serangkai sampai naik bau
Masukan daun kari,bawang putih, bawang besar dan halia biar sampai layu dan kuning. Masukan bawang mesin masak sampai bawang layu dlm 5-10 minit.

#2: Masukan cili kisar biar sekejap dlm 5 minit sambil kacau
Masukan rempah, lada hitam dan gula merah masak sampai pecah minyak. Bila dh pecah minyak dan bau wangi masukkan daging.Bila daging dh tukar warna masukan kicap dan sedikit air (dlm 1.5- 2 cawan sahaja sebab daging akan keluarkan airnya juga )

#3: Biarkan sampai daging empuk dan pekat
Siap .

Tips tambahan :
**saya x tambah garam dan gula lagi sbb dh secukup rasa tp ikut selera masing2 klu ada apa yg kurang blh adjust ok
** kenali daging yg kita beli klu daging kotak elok di rebus dulu klu daging segar x perlu.

Sedapnya daging masak hitam bukan sahaja buat makan dengan nasi putih, buah cicah dengan pulut, ketupat palas pun sedap kan.Untuk elakkan daging masak hitam keras , liat dan terlebih rasa, kami berikan tips yang boleh anda ikut ketika masak daging ini.

Memang lengkap kan.Mudah la kalau nak buat daging masak hitam untuk hidangan harian dan kenduri kan.Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom