Daging yang boleh anda gunakan untuk resepi daging kicap ini ada dua yang sesuai. Daging lembu tempatan ataupun daging kerbau frozen. Kami lebih sukakan daging lembu tempatan. Pilih bahagian yang kurang lemak ini.
BACA DI LINK BARU : Sengkuang Calit Resepi Yang Menggamit Memori .Best Rasa Sosnya.
Tips untuk buat resepi daging masak kicap lebih sedap dan menyelerakan :
1- Untuk dapatkan warna daging yang cantik, gabungkan kicap pekat untuk lebih warna hitam dan penggunaan kicap manis untuk rasa manis lemak. Kalau anda suka basah, lebih kan kicap. Kalau suka kering, tambah sedikit sahaja kicap.
2- Pastikan air daging keluar habis dulu/hampir kering barulah ditambah minyak. Ini supaya daging anda betul-betul lembut dan sedap dimakan.
3- Jangan terlalu awal masukkan perasa garam gula.Oleh kerana daging akan keluarkan air yang banyak. Perasakan bila di tahap akhir/menu daging kicap anda hampir siap.
4- Untuk lebih lembutkan daging, potong daging mengikut urat yang bertentangan. Kalau urat daging memanjang ke sebelah kira, anda potong melintang dari sebelah atas.
Versi pertama adalah daripada Tuan Ben Safwan yang berikan kita resepi daging masak kicap berempah basah. Ianya sangat sesuai untuk nasi putih dan juga menu nasi beriani.
Kuantiti resepi adalah untuk daging seberat 500 gram. Jadi ianya sesuai untuk dijadikan hidangan harian tanpa perlu ubah sukatan. Cuma kalau anda nak buat lauk lebih untuk kuantiti besar, ubah suai.
Ianya juga menggunakan daging lembu tempatan.
Bahan Resepi Daging Masak Kicap Berempah :
- 500 gram daging lembu dihiris nipis melintang.
Gaul dan perap 10 minit bersama :
- 1/2 sudu makan serbuk kunyit
- 1 sudu makan cili kisar
- 1 sudu teh jintan manis dan jintan putih tumbuk
- 1 sudu makan bawang merah kisar
- 2 sudu makan kicap pekat
- 2 sudu makan kicap manis
- 1/2 sudu makan gula
- 1 1/2 sudu teh garam .
Dalam kuali,tumiskan dengan api sederhana bahan di bawah ini sehingga naik bau :
- 1 batang kecil kulit kayu manis
- 3-4 biji buah pelaga sampai
Barulah dimasukkan :
- 2 1/2 sudu makan bawang merah + bawang putih+ halia kisar
- 1 1/2 sudu makan cili kisar.
Tumis sampai pecah minyak.Baru masukkan daging dan kacau sesekali pada api sederhana. Biar daging lembut dengan keluar air daging.
Tunggu air daging hingga hampir kering barulah tambahkan air asam jawa ( 1/2 sudu makan asam jawa ) dan sesuaikan rasa mengikut selera. Jika perlu tambah kicap pekat untuk nampak hitam,tambah secukupnya.
Bila daging dah berpalit dan dah lembut serta hampir kering, barulah tutup api dan siap.Hasilnya daging terasa lembut dengan cara masakan begini.
Versi kedua pula daripada Puan Mazliza Ahmad. Ini ialah daging masak kicap versi kering. Menarik kan. Ada basah berempah dan kering. Pilih saja yang anda mahu makan yang mana.
Tapi menu ini lebih sesuai dimakan dengan nasi putih. Jom tengok bahan dan cara buat daging masak kicap keirng ini.
Bahan Resepi Daging Kicap Kering :
- 1/2 kg daging(potong nipis n bersihkn dan gaulkn dgn garam,kunyit n perasa)
- 2 biji bwng besar-hiris
- 2 biji cili hijau-hiris
- 2 biji cili masak-hiris
- 2 ulas bwng putih-hiris
- 1 sudu mkn sos tiram
- Sedikit lada sulah
- Kicap manis secukupnya
Cara Buat Resepi Daging Masak Kicap Kering :
#1: Potong daging nipis melintang dari urat dan pilih daging yang kurang lemak ya. Gaul bersama garam,serbuk kunyit,dan sedikit serbuk perasa. Gaul sebati dan perap lebih kurang 10 minit.
Barulah dimasukkan dalam kuali tanpa letak minyak untuk biarkan air daging keluar dan kering. Api sederhana besar.Bila air daging dah hampir kering, barulah masukkan minyak secukupnya supaya semua daging masak sekata.Goreng daging hingga bahagian luar nampak garing.
#2: Barulah tambahkan sos tiram, kicap manis dan sedikit lasa sulah. Tambah juga semua bahan hiris dan masak dengan api sederhana kecil hingga bawang besar layu.
Cuba rasa dan tambah bahan jika perlu terutamanya kicap. Tapi jangan terlalu banyak sebab kita masak sekadar kicap melekat pada daging sahaja.
Dah siap dua versi resepi daging masak kicap yang boleh anda pilih sebagai menu harian. Selamat mencuba.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom