Resepi Dimsum Halal Best Berintikan Ketam Mudah Dibuat Tapi Sedap

11255
Anda mencari resepi dimsum halal untuk dicuba ? Boleh, kami akan siarkan bukan sahaja resepi malah tips lengkap cara buat dimsum untuk anda. Berbaloi sedap

Anda mencari resepi dimsum halal untuk dicuba ? Boleh, kami akan siarkan bukan sahaja resepi malah tips lengkap cara buat dimsum untuk anda.

Dimsum ialah satu menu dari negara China yang sangat popular.Dibawa ke Malaysia oleh orang-orang Cina dan selepas berpuluh tahun, ianya menjadi makanan kegemaran ramai kaum bukan sahaja orang Cina.

Resepi dimsum yang diberi oleh kami ini berintikan ketam. Inti dimsum boleh anda guna daging lembu,ayam,ketam, udang dan sebagainya mengikut citarasa pilihan. Asalkan halal.

Salah satu tips untuk dapatkan dimsum yang sedap, selepas siap dimasukkan inti dan diletakkan dalam pengukus, kukus dimsum dalam 3-4 minit sahaja untuk elakkan jus inti melimpah keluar.

Dimsum boleh dimakan begitu sahaja dengan cicah sos cili Thai, kicap ataupun dimakan dengan mee.

BACA DI LINK BARU : Resepi Bahulu Comel Saiz Best Rangup Untuk Anda Cuba.Sedap

Terima kasih kepada Puan Zurina Zulkefli di atas sumbangan resepi dimsum ketam yang menarik dan mudah disediakan ini. Semoga murah rezeki puan sekeluarga

Bahan Resepi Dimsum Homemade Fillet Ketam :

Untuk inti, anda boleh gunakan pelbagai inti dimsum yang sesuai dengan selera ya.

  • 1 bungkus filet ketam dicincang halus
  • 1 biji telur ayam *
  • 1 biji bawang merah saiz bola pingpong *
  •  1 sudu teh lada sulah *
  • 1 sudu teh minyak bijan *
  • 2 sudu makan tepung jagung *

Kisarkan bahan yang bertanda * dalam 90% lumat. Kalau anda ada cendawan shitake, boleh cincang halus dan masukkan bersama ke dalam inti. Inti dimsum ini terpulang kepada anda nak olah macam mana.

Gentel manja inti dimsum menjadi bentuk bulat agar mudah dimasukkan ke dalam kulit nanti.

Anda mencari resepi dimsum halal untuk dicuba ? Boleh, kami akan siarkan bukan sahaja resepi malah tips lengkap cara buat dimsum untuk anda. Berbaloi sedap

Bahan Resepi Kulit Dimsum Lembut :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung ubi
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit sebagai perwarna kuning
  • Secubit garam
  • Kuantiti air yang sesuai

Masukkan semua bahan kulit dimsum ke dalam bekas dan masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Uli hingga menjadi doh dan barulah canaikan nipis-nipis.

Barulah tekap doh menggunakan acuan bulat seperti acuan donut/cawan kecil dan sebagainya untuk mendapatkan bentuk yang bulat.

Cara Buat Resepi Dimsum Halal :

#1: Selepas siap menyediakan inti dan kulit dimsum, letakkan kulit di atas bulatan jari seperti dalam gambar, lekukkan sedikit kulit dan isikan dengan inti dimsum tadi yang telah dibulat-bulatkan.

Anda mencari resepi dimsum halal untuk dicuba ? Boleh, kami akan siarkan bukan sahaja resepi malah tips lengkap cara buat dimsum untuk anda. Berbaloi sedap

Klem atau lipat dimsum mengikut arah jam agar terjadi seperti bentuk bunga. Masukkan potongan daun bawang di atas dimsum.

Panaskan air dalam pengukus ketika buat proses ini. Bila dah siap, susun di dalam pengukus dan bolehlah kukus sekitar 3-4 minit sahaja.

Jangan lama kukus dimsum untuk elakkan ianya kering dan keras. Sedap dimakan panas dan dicicah dengan sos cili Thai.

Anda mencari resepi dimsum halal untuk dicuba ? Boleh, kami akan siarkan bukan sahaja resepi malah tips lengkap cara buat dimsum untuk anda. Berbaloi sedap

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom