Resepi Dodol Kukus Paling Senang Dan Sedap. Best

17043
Ya memang sedap dodol dalam kawah tapi kalau teringin, cukup sekadar anda buat resepi dodol kukus yang akan kami berikan ni.

Kalau anda terasa nak makan dodol sedikit, tak perlu sangat nak penat kacau dodol dalam kawah. Ya memang sedap dodol dalam kawah tapi kalau teringin, cukup sekadar anda buat resepi dodol kukus yang akan kami berikan ni.

Asal resepi dodol kukus ini dari Pahang. Sebagai salah satu kuih tradisi orang Pahang. Rasa yang lembut, tak terlalu pekat memang menggamit selera. Letak pula di atas daun pisang.

Bau daripada daun pisang memang membuka selera. Dan letak pula tahi minyak. Anda kenal apa itu tahi minyak ? Takpe kami ajarkan buat.

Terima kasih kepada Puan Saadiah Ahmad di atas sumbangan resepi dodol kukus .Boleh kami semua mencubanya. Sedap.

Ya memang sedap dodol dalam kawah tapi kalau teringin, cukup sekadar anda buat resepi dodol kukus yang akan kami berikan ni.

Bahan Resepi Dodol Kukus Mudah :

Bahan A :
  • Satu cawan santan pekat untuk buat taik minyak
  • Sedikit garam

Cara Buat Taik Minyak :

#1: Cara membuat taik minyak, santan dan sedikit garam dimasak sampai pecah minyak menggunakan api sedang selama lebih kurang setengah jam.

Bahan B :
  • Daun pisang dilayu supaya lembut agar tak pecah semasa dijadikan alas dodol .

Bahan C : 

  • 1 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
Satukan semua Bahan C ke dalam periuk. Masak sampai hancur semuanya dan sejukkan
Bahan D :
  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 sudu makan tepung ubi
  • 1/2 cawan santan pekat

Ya memang sedap dodol dalam kawah tapi kalau teringin, cukup sekadar anda buat resepi dodol kukus yang akan kami berikan ni.

Masukan semua bahan D, gaulkan sampai sebati. Bila dah rata dan sebati, masukkan bahan C (suam2 ). Kacau lagi sampai rata dan sebati. Selepas itu, tapis.
Cara Penyediaan Resepi Dodol Kukus :
#1: Masukkan air ke dalam pengukus dan panaskan periuk kukus.
Ambil minyak dari taik minyak yang telah disediakan dan sapu pada daun pisang.Tuangkan adunan ke dalam loyang yang sudah dialas menggunakan daun pisang.Nak senang, gunakan loyang kecil seperti dalam gambar. Mudah anda nak makan.
#2: Kukus sampai masak (15 – 20 minit) menggunakan api besar.
Dah siap, taburkan taik minyak di atas dodol kukus. Nak tahu dodol kukus dah masak, ia cantik licin serta tidak melekat di jari. Warna kehitaman mengikut warna gula. Selamat mencuba.
Dah siap dah resepi dodol kukus yang sedap ni.

Selamat mencuba resepi best ni.Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom