Resepi Donut Gebu Yang Sesuai Untuk Di Sejuk Beku

53809

Anda suka beli kuih muih apa kalau waktu petang ? Antara yang menjadi kegemaran mesti lah kuih donut kan. Daripada resepi donut gebu biasa ,ditambah menarikkan dengan donut coklat sampai ada yang ubah menjadi donut cheese, semua tetap menjadi pilihan.

Tapi apa jua benda yang diletak atas tu, ianya mestilah berasal daripada donut asas yang bila makannya gebu,tak terlalu serap minyak dan donut tetap lembut walau ketika sejuk kan.

Jadi hari ini kami nak kongsikan resepi donut mudah yang betul-betul gebu dan puas hati untuk anda cuba hasil daripada resepi Puan Amie Samuri .Lihat gambar pun tau betapa gebunya donut.

Memang sesuai untuk buat makan sekeluarga dan yang lebih bestnya,goreng ja separuh masak lepas tu masukkan ke dalam peti ais.Goreng bila diperlukan sahaja.

Bila kita sebut mengenai rasa donut yang lembut dan gebu ni seperti donut Big Apple dan donut-donut di kedai yang lain, faktor utama adalah kadar naik doh donut tu sendiri dengan penggunaan yis,pelembut roti atau bun softener dan juga shortening.Kedua bahan ini penting bila melibatkan produk roti dan doh.

BACA LAGI : Resepi Donut Seperti Big Apple

Shortening ni kalau dulu asalnya daripada lemak haiwan.Tapi selari dengan zaman, adanya shortening daripada lelemak sayuran.Boleh cari jenama Adella dan Nona antaranya.

Banyak tips kami berikan untuk dapat donut gebu seperti dijual di kedai.Memang best la bila dapat resepi donut yang bagitau cara buat detail kan.Puas hati bila makan donut gebu dan lembut walau dah sejuk donutnya.

Fungsi bagi doh gebu dengan cara memerangkap udara dalam doh dan juga jadikan minyak dan cecair lebih bercampur dengan elok.

Tips lain untuk hasilkan donut terbaik ?

Untuk pastikan yis kering yang digunakan elok atau tidak,letak air suam ( air suam ya bukan air panas ),masukkan yis dalam kuantiti seperti di resepi,tunggu 8-10 minit dan tengok sama ada berbuih atau tidak.Jika berbuih,itu tanda yis hidup dan boleh guna.

Jika tak, tukar lain la yis kering anda tu ea.

Jadi dah faham sedikit sebanyak tips untuk dapatkan resepi donut gebu ni, jom kita tengok bahan-bahan untuk buat donut kentang.Boleh ja kalau tak nak letak kentang.Terpulang ya.

Bahan-bahan untuk resepi donut gebu :
Kuantiti dalam 7-10 biji dengan berat doh yang dirounding sekitar 50 gram.

  • 250 gram tepung gandum
  • 50 ml susu segar
  • 50 gram gula putih
  • 1 biji telur ayam
  • 100 gram kentang yg telah dilenyek dan direbus terlebih dahulu.Pastikan hanur.Boleh kisar bagi pastikan hancur.
  • 50 gram shortening
  • 1 1/2 sudu makan susu tepung
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu makan yis
  • 1/2 sudu teh pelembut roti atau bun softerner namanya

Cara penyediaan resepi donut gebu  ini pula :
Anda boleh tengok video tutorial yang kami berikan  pada bahagian atas artikel.

#1: Pukul telur  dengan tangan sahaj dan satukan dengan susu segar.Kacau sebati dan masukkan semua bahan kecuali shortening.Guna bekas yang besar ya sebab kita nak menguli.Uli hingga jadi doh dan mula tambahkan shortening tadi.

Teruskan menguli sehingga menjadi elastik seperti getah yang meregang.Ini rahsianya untuk donut yang digoreng menjadi lembut.Biasa nya proses menguli manual ni sekitar 45-60 minit.Jika donut masih tidak menjadi elastik,tambahkan sedikit  shoertening sehingga dapat bentuknya.Kalau ada penguli mesin, letak je dalam mesin, biarkan ianya buat kerja.hee

Banyak tips kami berikan untuk dapat donut gebu seperti dijual di kedai.Memang best la bila dapat resepi donut yang bagitau cara buat detail kan.Puas hati bila makan donut gebu dan lembut walau dah sejuk donutnya.

#2: Dah elok cantik doh donut mentah tadi, ambil dan timbang sekitar 50 gram setiap satu dan licinkan doh dengan gentel-gentel dengan tangan dan susun dia atas dulang atau bekas.Doh ini kita akan rehatkan sekitar 1.30 – 2 jam untuk jadikan sai doh naik sekali ganda.Tips : Tutup doh dengan kain yang dibasahkan untuk elak doh kering.

Susun doh jangan rapat-rapat nanti susah nak kuarkan dia.Letak plastik sebagai alas doh donut pun senang nak keluarkan nanti.

#3: Doh yang dah siap diperap dan naik tu, kita ambil dan buat lubang.Guna je penutup botol seperti dalam gambar dibawah.Dah sedia untuk digoreng dah doh ni atau rehatkan seketika sehingga ianya naik 50% daripada asal.Anda boleh tengok video tutorial yang kami berikan  pada bahagian atas artikel.

#4: Panaskan kuali dengan minyak secukupnya.Jangan terlalu panas cukup sekadar suhu 70’C untuk menggoreng donut.Jadi guna api kecil ya..Bila minyak dah panas, masukkan donut dan goreng hingga keperangan.

Banyak tips kami berikan untuk dapat donut gebu seperti dijual di kedai.Memang best la bila dapat resepi donut yang bagitau cara buat detail kan.Puas hati bila makan donut gebu dan lembut walau dah sejuk donutnya.

Tips : Untuk dapatkan kesan  ring/cincin , balikkan donut hanya sekali sahaja.Jadi biarkan sebelah masak baru terbalikkan.

Jadi dah siap dah donut gebu gebas ni.Nak letak topping apa-apa boleh la buat.Paling mudah, celup coklat dan taburkan dengan kacang badam kan.Ingat untuk jadikan frozen donut, goreng separuh masak sahaja ya.

Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom