Resepi Donut Pandan Yang Gebu Dan Paling Senang Buat

179060
Jom cuba resepi donut pandan gebuni. Memang best buat juadah petang. Kalau nak jadikan donut pandan frozen pun boleh. Lepas ni penuh la stok donut kita

Salam buat para pembaca semua. Saya harap anda semua diberi kesihatan yang baik hendaknya. Insha Allah. Bila tiba hujung minggu, otak pun ligat memikir apa pulak menu yang nak masak untuk jamu suami dan anak-anak. Tengah scroll fb , tertengok resepi donut pandan gebu gebas ni.Wah menariknya kan.

Kalau cite bab donut , boleh buat macam-macam kan, sebelum ni pun saya ada tulis Resepi Donut Seperti Big Apple disini. Tu tak termasuk dengan donut coklat la , donut inti cheese la, donut mini cute .Semua best bila dah dapat resepi lengkap kan.

Jom cuba resepi donut pandan gebuni. Memang best buat juadah petang. Kalau nak jadikan donut pandan frozen pun boleh. Lepas ni penuh la stok donut kitaJadi untuk resepi donut pandan kali ni, apa yang penting dalam setiap pembuatan donut adalah tapak/base/doh .Pastikan yis yang digunakan hidup.Caranya rendam yis dalam air suam, Jika selepas 10 minit berbuih, itu tanda yis hidup dan boleh digunakan untuk dibuat donut

Untuk donut pandan ni, topping dia terpulang nak guna apa. Kalau saya, suka dengan gula je. Buat juadah petang bersama air kopi panas.Sedap.

Bahan-bahan resepi donut pandan : 

Bahan A :

  • 1 paket yis kering – 11 gram
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 2 sudu besar gula
  • 1 cawan air pandan suam

Bahan B :

  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin atau mentega
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh garam

Cara-cara untuk membuat resepi donut pandan ni senang sangat.Tengok saya dah sediakan langkah lengkap.

#1: Bancuhkan kesemua bahan A di dalam mangkuk. Kemudian, biarkan bancuhan itu hingga berbuih. Kira-kira dalam 10 minit. Oh ya, daun pandan perlulah dikisar ya dan tapis hampasnya. Kemudian panaskan air pandan di atas api hingga suam atau sederhana panas. Barulah tuang ke dalam bahan-bahan lain. Sementara itu, sediakan bahan B pula ya.

Jom cuba resepi donut pandan gebuni. Memang best buat juadah petang. Kalau nak jadikan donut pandan frozen pun boleh. Lepas ni penuh la stok donut kita#2: Masukkan kesemua bahan B ke dalam satu bekas besar yang memudahkan untuk mengadun. Ramas bahan-bahan B hingga menjadi sebati. Setelah itu, campurkan air bancuhan kita tadi ke dalam adunan doh donut pandan  kita. Gaul hingga sebati yakni, hingga tepung tidak melekat di tangan.

#3: Setelah doh donut pandan siap, jangan lupa untuk tutup doh kita dan perap selama 1 jam. Ini untuk menghasilkan donut pandan yang gebu dan lembut. Anda tak perlu nak uli teruk-teruk. Cukup sekadar adun hingga bahan semua sekata.

#4: Selepas 1 jam, tumbuk-tumbukkan doh donut yang telah mengembang tadi untuk mengeluarkan angin. Kemudian, bolehlah canaikan doh kita. Jangan terlalu nipis ya. Lalu, terapkan menggunakan acuan donut. Doh agak lembik ya tapi jangan risau. Teruskan mencanai dan bentukkan saja. Tak perlu tambah tepung gandum.

#5: Setelah selesai sesi mencanai dan membentuk donut, susun donut di atas talam yang ditaburi tepung gandum. Ini untuk menggelak daripada doh melekat. Lalu, biarkan donut pandan kita rehat lagi selama 15 minit. Setelah itu, anda bolehlah menggoreng dengan api sederhana hingga keperangan. Hiaskan donut pandan gebu tadi dengan salutan gula. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

Mudahkan? Memang sangat mudah. Guna bahan apa yang ada di rumah saja. Dan yang paling best, tak perlu dan uli teruk-teruk. Resepi donut ni pasti menjadi. Donut akan menjadi gebu dan sangat lembut. Anda semua kena cuba taw.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom

Sumber : Hajah zainab binti Mawan

Video Pilihan