Resepi Pastry Fruit Cake Dengan Vanilla Sos Yang Sangat Sedap.

4004
Sedapnya resepi pastry fruit cake ni bila makan bersama vanilla sos.Dengan resepi ni, kek lembut dan buah tak tenggelam.Vanilla sos pula tak pekat sangat

Resepi pastry fruit cake sangat viral pada tahun lepas dan selalu berlegar di halaman media sosial.Tapi kebanyakkan resepi bercampur dan ada yang memang tak menepati selera langsung.

Untuk kali ini,kami mahu berikan resepi pastry fruit cake dengan tips nya sekali untuk anda cuba dan rasa kenikmatan sendiri kek yang di makan dengan sos vanilla. Tekstur kek ini tidak bantat dan keras sebagaimana yang dibuat oleh sesetengah orang.

BACA DI LINK BARU : Resepi Taufu Fa Pasar Malam Yang Sedap Sangat Untuk Dicuba

Kami berikan tips untuk dapatkan resepi pastry fruit cake yang buahnya tak tenggelam, kek tidak hangit.Sila hadam ea :

1: Sebelum masukkan buah, hentak loyang sebanyak 3-4 kali supaya tiada ruang udara didalam kek.

2: Sebelum masukkan buah, tapis airnya dan elakkan guna buah yang berair.Potongan buah jangan nipis.Biar tebal sikit untuk elakkan mudah tenggelam.

3: Kalau nak permukaan kek cantik elok tiada warna perang, kena jaga api ya. Kurangkan suhu oven ikut oven kita sendiri, tukar api dari atas ke bawah sahaja atau cara paling mudah, alas aluminium foil di atas permukaan kek.

Terima kasih kepada Puan Aznie diatas sumbangan resepi pastry fruit cake yang cukup menggoda jiwa ni.

Sedapnya resepi pastry fruit cake ni bila makan bersama vanilla sos.Dengan resepi ni, kek lembut dan buah tak tenggelam.Vanilla sos pula tak pekat sangat

Bahan Resepi Pastry Fruit Cake :

  • 100 gram butter
  • 130g gula halus
  • 3 biji telur ayam gred A
  • 210 gram tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh essen vanila
  • 1 sudu teh lemon zest / kulit oren
  • 100 gram sourcream / yogurt

** buah-buih segar Seperti strawberry, blue berry, buah peach. Boleh guna dalam tin jika nak jimat tapi kena tapis dulu airnya betul-betul.

Cara Penyediaan Resepi Pastry Fruit Cake :

#1: Ayak tepung gandum bersama baking powder 1-2 kali.Ketepikan.Pastikan butter berada dalam suhu bilik.  Pukul dengan gula  hingga creamy dan menjadi sedikit putih. Masukkan telur satu persatu dan pukul manja biar telur sebati sahaja.

Masukkan essen vanila dan lemon zest.Kacau manja dan barulah masukkan tepung ayak tadi sedikit demi sedikit.

#2: Masukkan sourcream/yogurt dan kacau manja sahaja. Masukkan adunan kedalam loyang 8 inci yang telah digris dengan butter dan dilapik dengan baking paper. Susun buah di aats permukaan fruity cake.Pastikan oven dipanaskan terkebih dahulu..

#3: Bakar pada suhu 160’C-170’C selama 45 minit guna api atas bawah.Cucuk lidi untuk periksa kek masak atau tidak.Sejukkan kek sebelum dikeluarkan.

Tinggal langkah nak buiat vanila sos sahaja. Jom tengok.Senang je.

Sedapnya resepi pastry fruit cake ni bila makan bersama vanilla sos.Dengan resepi ni, kek lembut dan buah tak tenggelam.Vanilla sos pula tak pekat sangat

Bahan Resepi Vanilla Sos :

  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan whipping cream
  • 1 sudu teh essen vanila
  • 1 1/2 sudu makan gula pasir
  • 4 biji kuning telur sahaja

Cara Penyediaan Vanilla Sos :

#1: Panaskan susu cair,whipping cream dan essen vanilla  hingga nampak buih-buih kecil di tepi periuk.Tutup api. Pukul kuning telur bersama gula hingga sebati.Masukkan campuran susu tadi yang masih panas kedalam telur tadi.

Masukkan sedikit demi sedikit sambil terus kacau.

#2: Masukkan semula kedalam periuk dan masak lagi hingga mula pekat.Sentiasa dikacau ye. Tutup api bila dah mula pekat.

Tapis dan sejukkan di luar sebelum masukkan sos vanilla dalam peti . Nak makan baru tuangkan sos di atas fruity cake ni. Sedap sangat rasanya tau.

Selamat mencuba resepi fruity cake ni. Terbaik.</>