Kalau anda pernah datang ke Kelantan,perbezaan pertama bila keluar pada waktu pagi adalah kebanyakan kedai makan menyediaan pelbagai aneka juadah nasi dan resepi gulai ikan tongkol bersama gulai-gulai lain.
Kalau kuih boleh dikatakan normal la di semua negeri kan.
Kalau nasi,sebut sahaja nasi dagang ,nasi berlauk gulai ayam ,nasi berlauk gulai ikan tongkol , nasi tumpang ,nasi gulai daging , lauk kerutub itik dan the list goes on.
Kalau nasi lemak boleh dikatakan berada di list belakang di Negeri Kelantan pada waktu paginya.
Nasi berlauk gulai ikan bewarna kuning dan guna ikan tongkol atau dikenali dengan ikan ayo di sana.
Tapi ikan tongkol pula ada dua jenis.Pertama ikan tongkol hitam dan ikan tongkol putih.
Di Kelantan,ikan tongkol putih lebih digemari disebabkn isinya yang lebih pejal dan sesuai sangat untuk buat gulai ikan untuk nasi berlauk atau nasi dagang ni.
BACA DI LINK BARU : Resepi Sambal Belacan Powerrr Yang Patut Anda Ada Dalam Peti Ais
Biasanya harga sekilo untuk ayo putih RM9.90 ( di NSK Negeri Sembilan ) dan RM10.90 di tempat yang sama.
Kalau kami ke NSK dan ada ikan tongkol putih bersaiz besar,memang terus ambil la sebab tips untuk dapat gulai lebih sedap, guna saiz yang 3-4kg.
Satu lagi tips untuk buat gulai ikan tongkol ni lebih sedap adalah ikan direbus terlebih dahulu dan seeloknya untuk dimakan pada waktu pagi,gulai ikan disedikakan pada sebelah malam untuk lebih beraroma dan menyelerakan.
Hidangan lain sebagai pelengkap untuk nasi berlauk ni seperti sambal belacan , hirisan timun atau boleh juga sediakan acar mentah daripada timun,lobak merah,bawang merah,hirisan lada ,cuka makan dan garam gula.
Untuk hilangkan hanyir ikan tongkol, anda perlu cuci bersih bahagian ikan terutama darah pekat.Selain itu, boleh basuh ikan dengan tepung gandum.
Resepi ini adalah hasil tunjuk ajar Puan Nur Alfilail Abdul Manan yang sudi berkolabrasi dengan kami untuk terbitkan dan popularkan resepi-resepi Kelantan.Anda boleh ke fb di link pada nama nya.
Jom kita tengok bahan-bahan untuk resepi gulai ikan tongkol ini.(kuantiti untuk dua bahagian isi, sebelah bahagian kepala ) Boleh ubah ikut kesesuaian kuantiti ya.
Bahan rebus ikan tongkol :
- 1/2 sudu makan garam halus
- 1/2 sudu makan gula melaka
- 3 sudu makan cuka makan
- 3 hirisan nipis lengkuas
Rebus ikan dengan api perlahan selama 15 minit atau tunggu sehingga air ikan kering. Nak sedap boleh rebus ikan awal semalaman atau 3-4 jam sebelum gulai.
Fungsi cuka untuk memejalkan isi ikan dan nanti tak perlu masukkan air. Air ikan akan turun sendiri dan ikan akan lembik jika ditambah air.
Bahan kisar halus :
- 2 biji bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 4 hiris nipis serai
- 1 hiris nipis lengkuas
- 1 sudu kecil jintan putih dan ketumbar
Kisar halus dan gunakan air sedikit untuk gerakkan mesin sahaja.
Bahan lain :
- 3 sudu makan minyak
- 1/2 sudu makan cili kisar
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1/2 sudu teh serbuk kari
- 1/3 cawan santan pekat
- 2/3 air kosong
- 1 asam keping
- 1/2 sudu makan gula perang
- Hirisan timun atau kacang panjang dan cili besar
- Garam gula dan sedikit serbuk perasa
Cara penyediaan resepi gulai ikan tongkol ini :
#1: Panaskan minyak ke dalam periuk dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Tambah cili kisar dan kacau hingga pecah minyak.Masukkan serbuk kunyit dan kacau .Semua ini guna api kecil ya. Tambahkan bahan kisar dan tunggu masak.Baru tambah lagi serbuk kari. Kacau hingga rempahnya masak guna api kecil.
#2: Tambah santan bersama air dan asam keping. Masak hingga mendidih kecil.Guna api kecil ya. Bila dah mendidih masukkan gula perang, sedikit garam gula dulu dan serbuk perasa. Barulah masuk ikan tongkol rebus dan sayur di atas yang mahu.
#3: Kacau,siram kuah pada ikan biar masak dan gulai memekat dan rasa sekali lagi.Jika perlu tambah apa-apa, tambah lah.
Memang sedap la nasi berlauk ni .Pekena lak dengan sambal belacan.Resepi sambal pun dah saya update tu. Selamat mencuba ya resepi gulai ikan tongkol ni.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom