Resepi Gulai Kuning Ikan Merah Kelantan Senang Dan Mudah

36310
Untuk gulai kuning ikan merah ni, bahannya tak perlu dikisar, cukupditumbuk sehingga lumat baru lagi sedap gulai ikan ni.Ganding pula dengan lada hijau Thailand yang banyak dijual di sana,memang terbaik

Di sebelah Pantai Timur terutama di Kelantan,bila sebut gulai kuning,antara yang popular ialah gulai ikan tongkol untuk dijadikan nasi berlauk pagi dan juga resepi gulai kuning ikan merah.

Bagi penggemar ikan merah seperti kami,kami sukakan bahagian sebelah kepala berbanding bahagian lain.Mungkin kerana rasa nya bertulang dan sedap digigit.Hee

So selain gulai kuning ikan merah Kelantan style,asam pedas juga menjadi pilihan selain kari tanpa santan untuk menu masakan ikan merah.

Semua resepi di atas ada di laman web kami.Anda hanya perlu cari sahaja di ruangan  carian di atas.

BACA DI LINK BARU : Kari Ikan Merah Hanya RM35 Yang Power Terangkat Habis

Tips untuk gulai kuning ikan merah ini,anda tak perlu tumis / menggunakan minyak seperti masakan gulai ikan tongkol.Semua bahan yang perlu ditumbuk lumat atau dikisar halus dimasukkan sekali ke dalam gulai nanti.

Tips basuh  ikan merah untuk elakkan berbau hanyir ,pastikan anda buangkan bahagian darah pekat yang melekat pada celah-celah kepala serta basuh dengan air asam jawa.

Insyaallah rasa ikan merah lagi segar dan bertambah sedap gulai kuning anda nanti.

Bahan-bahan resepi gulai kuning ikan merah :
Kuantiti untuk 800-1kg ikan merah ya.

  • 1 kg bahagian kepala
  • 1/2 inci lengkuas *4 ulas bawang merah saiz 50 sen baru *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci kunyit hidup *
  • 1 biji cili api *
  • 1 sudu makan cili kisar
  • 200 ml santan pekat
  • 1 cawan air  kosong
  • 1 keping asam keping
  • Sedikit garam,gula,serbuk perasa

Untuk gulai kuning ikan merah ni, bahannya tak perlu dikisar, cukupditumbuk sehingga lumat baru lagi sedap gulai ikan ni.Ganding pula dengan lada hijau Thailand yang banyak dijual di sana,memang terbaik

Cara-cara penyediaan resepi gulai kuning ikan merah Kelantan style:

#1: Isi kepala ikan digaul dengan garam dan diperap semalaman.Contohnya nak masak pagi esok,gaul dengan garam sebelah malam dan masukkan dalam peti.Camtu.

Tumbuk lumat bahan yang bertanda.Nak kisar halus pun boleh.Nak masukkan cili api tu terpulang.Kalau anda nak gulai kuning ikan merah rasa sedikit pedas,masukkan.

#2: Dalam periuk,masukkan bahan tumbuk tadi bersama santan,air,cili kisar,asam keping.Buka api dan masak dengan api sederhana hingga mendidih.

Di sebelah Pantai Timur terutama di Kelantan,bila sebut gulai kuning,antara yang popular ialah gulai ikan tongkol untuk dijadikan nasi berlauk pagi dan juga resepi gulai kuning ikan merah.

#3: Bila gulai kuning anda dah mendidih,tambahkan isi ikan yang dah dipotong bersama lada besar jika mahu.Biarkan masak selama 10-15 minit dan perasakan garam gula dan sedikit serbuk perasa.

Gulai kuning ikan merah anda dh siap dan kalau nak tahu jadi ke tak,gulainya tak terlalu pekat dan tak cair,serta tak pecah minyak.Jadi jangan masak dengan api besar tau.Selamat mencuba resepi masakan Kelantan dari kami.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom