Resepi Gulai Nangka Muda Versi Orang Kampung

1970
Sedapnya resepi gulai nangka muda yang akan kami berikan resepi penuh ini. Makan pula dengan ikan goreng rangup dan ulam-ulaman. Aduhai menggiurkan

Sedapnya resepi gulai nangka muda yang akan kami berikan resepi penuh ini. Untuk pengetahuan anda,resepi gulai nangka muda ini adalah versi negeri Kelantan. Semestinya sedikit berbeza tapi yang pastinya adalah sedap.

Gulai nangka seperti ini memang sedap dimakan bersama ikan goreng panas-panas dan garing. Jadi kami lengkapkan dengan ikan tilapia goreng.

BACA DI LINK BARU :Resepi Air Asam Cabai Picit Best Makan Dengan Terung Bakar Arang

Terima kasih kepada Ben Safwan kerana sudi berkongsi resepi gulai nangka muda yang sungguh menarik ini. Dihidangkan pula di atas pinggang lama bercorak bunga kangkung memang menjadikan hidangan lebih menggiurkan.Jom kita tengok resepinya.

Sedapnya resepi gulai nangka muda yang akan kami berikan resepi penuh ini. Makan pula dengan ikan goreng rangup dan ulam-ulaman. Aduhai menggiurkan

Bahan Resepi Gulai Nangka Muda :

  • 1/2 biji nangka muda saiz kecil
  • 1 biji bawang merah saiz bola pingpong
  • 1 ulas bawang putih
  • 6-10 cabai kampung -lebihkan kalau mahu pedas
  • 1.5 inci panjang x 2 batang kunyit hidup
  • 1 sudu makan ikan bilis jika mahu
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • 400 ml santan segar
  • garam,gula,cukup rasa
  • 1 lada solok jika mahu

https://www.youtube.com/shorts/Ag03LG-ArZA –

Cara Membuat Resepi Gulai Nangka Muda 

#1: Bersihkan nangka muda dan panaskan air dalam periuk hingga mendidih. Masukkan nangka dan rebus hingga 3/4 empuk.Toskan. Sementara itu tumbuh bawang merah,serai,bawang putih,cabai kampung,kunyit hidup,ikan bilis sehingga mulai lumat.

Sedapnya resepi gulai nangka muda yang akan kami berikan resepi penuh ini. Makan pula dengan ikan goreng rangup dan ulam-ulaman. Aduhai menggiurkan

Masukkan sedikit minyak ke dalam periuk dan masukkan bahan tumbuk bila minyak panas.Tumis sekejap biar bahan tumbuk mulai pecah minyak baru masukkan santan 400 ml bersama nangka muda tadi.

Boleh tambahkan daging rebus atau daging salai kalau suka. Masak dengan api kecil untuk elak santan pecah minyak. Tambahkan garam gula ,ckup rasa dan lada solok serta sedikit air jika kuah pekat.

Dah siap untuk dinikmati dengan ikan tilapia goreng rangup. Selamat mencuba resepi mudah dan sedap ini.

Sedapnya resepi gulai nangka muda yang akan kami berikan resepi penuh ini. Makan pula dengan ikan goreng rangup dan ulam-ulaman. Aduhai menggiurkan

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom