Resepi Ikan Bakar Berempah Dengan Pes Sambal Istimewa

782
Sedapnya buat ikan bakar berempah menggunakan pes sambal ni.Memang sesuai dengan ikan dan sotong bakar berempah.Memang beraroma bakar atas arang

Resepi ikan bakar berempah memang sentiasa menjadi pilihan pembaca untuk mencubanya di rumah.Ada sesetengah restoran yang menyajikan ikan bakar dan hidangan laut lain yang menjadi pilihan kami.Antaranya Ana Ikan Bakar Petai dan juga Restoran KST.Lokasi restoran di Bangi,Kuantan dan juga Kelantan.

Tapi jika anda mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai,memang mencecah ratus sekali makan.Sesekali boleh la kan.Jadi kami nak beri resepi ikan bakar berempah sedap dan senang ini untuk anda mencubanya di rumah.

Untuk jenis ikan yang boleh digunakan untuk bakar berempah ni,memang banyak pilihan.Dari ikan kerapu,merah,cencaru,kembung,pari,siakap,talapia boleh dijadikan pilihan. Udang dan sotong pun boleh guna pes sambal ni tau.Rempah sambal ikan bakar berempah ini tahan lama jika anda simpan di dalam peti dan lama lagi bertahan jika diletakkan di dalam peti sejuk beku.

BACA DI LINK BARU : Ikan Keli Salai Masak Lemak Cili Padi Dengan Belimbing

Tips untuk dapatkan ikan bakar berempah yang sedap dan harum wangi,bakar ikan dalam balutan daun pisang.Kalau takde,boleh juga aluminium foil.Jika anda minat ikan bakar petai,boleh juga tabur petai atas ikan sebelum dibakar.

Yang paling sedap bakar ikan bakar berempah ni mestilah di atas arang.Baru aroma kayu menusuk masuk pada ikan.Tapi jika anda sibuk dengan kerja atau anak kecil,boleh dibakar di dalam oven ataupun di atas pemanggang dapur gas.

Nak cicah ikan bakar berempah dengan apa ?

Buat je air pencicah ringkas daripada licap,asam limau kasturi dan potongan bawang dah sangat cukup dah.Kalau anda suka air asam untuk dimakan dengan ikan bakar,nanti kami berikan resepi penuh pencicah pada artikel akan datang.

Sedapnya buat ikan bakar berempah menggunakan pes sambal ni.Memang sesuai dengan ikan dan sotong bakar berempah.Memang beraroma bakar atas arang

Bahan Resepi Pes Ikan Bakar Berempah :
Kuantiti pes untuk seekor ikan siakap bersaiz besar.Boleh simpan pes dalam peti ais jika tak habis.

Bahan Kisar :

  • 2 inchi lengkuas
  • 3 inci halia
  • 5 batang serai
  • 8 biji Bawang merah
  • 1 biji bawang holland
  • 1 sudu udang kering
  • 4-8 biji cili padi bergantung pada pilihan kepedasan anda
  • 3 biji cili merah besar
  • 3 helai limau purut

Kisar semua bahan di atas sehingga lumat.

Bahan Lain :

  • 4 sudu makan cili kisar
  • 1 keping asam keping
  • 1 sudu makan gula melaka
  • Garam,serbuk perasa,gula putih secukupnya
  • Minyak untuk menumis.

Sedapnya buat ikan bakar berempah menggunakan pes sambal ni.Memang sesuai dengan ikan dan sotong bakar berempah.Memang beraroma bakar atas arang

Cara Penyediaan Pes Ikan Bakar Berempah :

#1: Panaskan minyak,tumis bahan kisar tadi sehingga naik bau dan sedikit kekuningan.Masukkan cili kisar bersama asam keping.Tumis hingga pecah minyak menggunakan api sederhana.

#2: Masukkan gula melaka dan serbuk perasa bila dah pecah minyak.Tunggu pecah minyak ketiga dan dah siap dah pes sambal ikan bakar kita.

Kalau nak bakar dengan ikan, basuh bersih dan letakkan ikan di atas daun pisang, lumurkan dengan pes sambal.Barulah dibakar atas pemanggang pilihan  anda.

Memang sedap sangat bila sambal masuk dalam isi ikan.Memang berbaloi sangat untuk anda cuba resepi ikan bakar berempah ni.Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom