Nak tak anda buat menu ikan bawal 3 rasa yang lagi sedap daripada makan kat kedai ? Boleh.Kami akan berikan resepi penuh lengkap bersama dengan tips.Oh ya, tak semestinya anda guna ikan bawal emas, ikan bawal hitam , ikan siakap, ikan kembung besar atau mana-mana ikan pilihan boleh digandingkan dengan resepi ini.
Ada langkah dan tips dia untuk hasilkan resepi ikan bawal 3 rasa yang terbaik.
1- Kelar ikan supaya kuah 3 rasa nanti akan masuk ke celah isi ikan dan anda cuma gaul ikan dengan garam ataupun letak serbuk kunyit sedikit dan goreng. Teknik menggoreng ikan yang betul adalah gunakan minyak yang banyak sedikit, panaskan dengan api sederhana sahaja. Tunggu seketika. Sabar.
BACA DI LINK BARU : Resepi Bihun Singapore Dengan Sambal Kicap Best. Ada Tips!
Bila dah panas, barulah masukkan seekor ikan dan set masa 5 minit/mulai garing dengan api sederhana. Kalau anda cuba angkat dan rasa melekat, jangan angkat. Biarkan . Supaya kulit ikan tak tertanggal dan cacatkan penglihatan.
Jadi masukkan ikan, tunggu mulai garing baru terbalikkan ikan sekali dan dah boleh diangkat bila sebelah lagi masak.
2- Bila menu 3 rasa ini, yang penting ialah nanas. Pilih nanas yang sederhana masak. Ianya bertujuan untuk dapatkan rasa masam dan juga rasa manis nanas sekaligus.
Ok dah dapat tips kan. Terima kasih kepada Puan Suisan Aliezsha atas sumbangan resepi ikan bawal 3 rasa ini. Nampak begitu menyelerakan betul.
Bahan Resepi Ikan Bawal 3 Rasa Sedap :
- 1 ekor ikan bawal emas atau ikan pilihan
Basuh bersih, kelar, gaul dengan 1 sudu teh garam dan digoreng dengan cara di atas. Kalau anda nak tambah 1/2 sudu teh serbuk kunyit pun boleh.
Ketepikan seketika
Bahan Kuah :
- 2 sudu makan cili kisar
- 1/2 sudu makan jus limau
- 1 sudu makan sos ikan
- 2 sudu makan sos cili
- 1 1/2 sudu makan sos tomato
- 1 sudu makan sos tiram
- 2 ulas kecil bawang putih diketuk
- 2 batang serai 3 cm dari pangkal dihiris nipis
- 4 tangkai cili api dihiris nipis
- 1 biji bawang merah besar saiz bola tenis dipotong dadu
- 1/2 biji kecik nanas dipotong tiga segi/dadu
- Daun ketumbar untuk hiasan
- Garam/gula/serbuk perasa ikut tekak
- Minyak untuk menumis
Cara Masak Ikan Bawal 3 Rasa Mudah :
#1: Panaskan dalam 3 sudu makan minyak,dan tambah bawang putih bersama cili kisar. Masak hingga cili kisar mulai pecah minyak baru tambahkan jus limau,sos ikan,sos cili,sos tomato dan sos tiram. Jika pekat tambah sedikit air dalam 2-3 sudu makan.
Bila dah masak sos, cuba rasa dan tambahkan garam/gula/serbuk perasa biar sesuai elok dengan selera anda.
#2: Barulah masukkan bawang besar,nenas,cili api dan serai dan kacau dalam beberapa minit supaya bawang mulai layu dan terus tutup api.
Tuang kuah 3 rasa atas ikan bawal yang dah digoreng tadi. Taburkan hirisan daun ketumbar supaya aroma lagi terasa.
Dah siap dah resepi ikan yang sedap. Bolehlah cuba.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom