Resepi Ikan Bilis Goreng Rangup Cili Kering Best,Sangat Senanggg

21488
Kami nak kongsikan resepi ikan bilis goreng rangup bersama cili kering. Memang sedap betul makan ratah camtu je. Rangup betul hasilnya jika ikut tips kami

Kami nak kongsikan resepi ikan bilis goreng rangup bersama cili kering. Memang sedap betul makan di sambil menonton televisyen. Ratah camtu je. Kalau nak makan dengan nasi pun boleh tiada masalah.

Apa yang penting ialah pemilihan ikan bilis tu sendiri. Pilih ikan kering yang tak terlalu masin dan saiz yang sederhana sahaja. Kalau nak lagi sedap, gunakan ikan bilis mata biru.Hee.

BACA DI LINK BARU : Resepi Sambal Tomato Ikan Bilis Menyelerakan.Bertambah Nasi

Untuk dapatkan ikan bilis yang rangup, pastikan ikan bilis yang hendak digoreng bebas dari air dan kering sepenuhnya.Jika anda basuh ikan bilis, jemur dulu di tempat panas sekitar 30-1 jam untuk pastikan air keluar daripada ikan.Barulah dilumurkan dengan tepung jagung. Panaskan minyak secukupnya dan api tidak terlalu besar. Masukkan ikan bilis dan goreng hingga kekuningan serta barulah ditoskan.

Cili kering pula anda boleh guna berdasarkan selera. Kalau nak pedas guna yang tirus dan panjang. Kalau suka yang tak pedang langsung, gunakan ikan bilis yang jenis pendek dan besar. Yang ni budak-budak pun boleh makan resepi ikan bilis goreng rangup ni.

Tujuan penggunaan tepung jagung dalam resepi ikan bilis ini ialah untuk menyerap lebihan air dan jadikan ikan bilis itu rangup bila digoreng nanti.

Kami nak kongsikan resepi ikan bilis goreng rangup bersama cili kering. Memang sedap betul makan ratah camtu je. Rangup betul hasilnya jika ikut tips kami

Terima kaish kepada Puan Noraslinda Md Radzhi di atas resepi ikan bilis goreng rangup cili kering ni. Memang menyelerakan betul .

Bahan Resepi Ikan Bilis Goreng Rangup Bercili : 

  • 1 1/2 genggam ikan bilis yang dah dibersihkan
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 5 ulas bawang putih sederhana ditumbuk kasar
  • 4-5 tangkai cili kering yang dah direbus dan ditoskan
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1 sudu kecil gula
  • Sedikit air

Cara Buat Resepi Ikan Bilis Goreng Rangup :

#1: Bersihkan ikan bilis seperti cara di atas. Toskan dan biarkan kering dulu. Barulah ditabur dengan tepung jagung dan gaul supaya ikan bilis melekat. Sambil itu jangan lupa panaskan minyak di dalam kuali dengan api sederhana.

Goreng ikan bilis sehingga mulai garing, barulah angkat.Nanti ikan bilis akan menjadi garing sepenuhnya.Ketepikan seketika

#2: Tumbuk kasar bawang putih bersama cili kering. Tumiskan dengan sedikit minyak hingga naik bau.Masukkan sos tiram, soso cili dan 1 sudu makan air. Kacau sebati dan biarkan pekat sedikit.Rasa mengikut selera

Kami nak kongsikan resepi ikan bilis goreng rangup bersama cili kering. Memang sedap betul makan ratah camtu je. Rangup betul hasilnya jika ikut tips kami

Tutup api dan biarkan sejuk sedikit sebelum digaul dengan ikan bilis. Tujuan supaya ikan bilis tidak lembik bila dimasukkan panas-panas.

Kacau seketika dan dah siap. Bolehlah dimasukkan ke dalam bekas kedap udara. Kalau anda suka aroma daun kari, sewaktu menumis boleh masukkan daun kari juga.

Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom