Resepi Ikan Celup Tepung Yang Tetap Rangup Walau Ketika Sejuk

3551

Cuti sekolah lepas, salah satu tempat yang ramai orang berkunjung adalah Negeri Terengganu. Selain pantai yang menarik, popular dengan keropok losong,batik dan sebagainya ada satu benda lagi yang buatkan Negeri Terengganu ni special.Kedai ikan celup tepung, udang celup tepung or sotong.Ini yang buatkan kaki makan menerjah ke kedai-kedai tertentu.

Tapi oleh kerana popular, semestinya kena beratur untuk dapat makan ikan celup tepung ni. Lepas tu x boleh duduk lama sebab nak bagi ruang kepada pelanggan lain  yang ingin merasai nikmat makan makanan celup tepung ni.Sedapnya la kan.

Tambah-tambah pula, kedai yang sediakan sotong, udang dan ikan celup tepung ni menggunakan bahan-bahan mentah yang segar. Tak segar kenapa, sebab terus beli dari jeti kan. Lepas balik negeri masing-masing, kalau teringin nak makan ikan celup tepung ni sebijik seperti di Terengganu bersama keluarga, boleh ikut resepi di bawah yang kami telah sediakan ini.

Rasa tepung yang rangup dengan ikan berpalit elok dengan bancuhan tepung goreng, lepas tu minyak tak serap memang buatkan resepi bancuhan ikan celup tepung ini harus anda cuba sendiri.

Dah tak perlu ke Terengganu dah, buat sendiri ikan celup tepung anda tapi dapat hasil yang sangat memuaskan hati. Rangup, tak lekat minyak.Sedapnya kan.

BACA LAGI : Cara Mudah Untuk Hasilkan Tepung Goreng Pisang Yang Rangup

Bahan-bahan untuk bancuhan ikan celup tepung ni. 
Kuantiti untuk 4 ekor ikan dan 1kg udang boleh dengan bancuhan ini.Jangan risau,kalau tak abis boleh simpan dalam peti.Goreng pisang guna bancuhan ni pun boleh.

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 biji kuning telur sahaja
  • 2 sudu makan tepung jagung – boleh letak atau x nak.Kalau nak bersalut banyak, letak. Untuk kali ni dalam video, kami tak letak
  • 1 sudu makan gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh kapur makanan /sireh yang dimakan
  • Air ais – ketuk ais lepas tu tambah air bagi sejuk.Boleh letak  dan masukkan ketulan ais kecil pun takpe
  • Minyak untuk menggoreng secukupnya

Dah tak perlu ke Terengganu dah, buat sendiri ikan celup tepung anda tapi dapat hasil yang sangat memuaskan hati. Rangup, tak lekat minyak.Sedapnya kan.

Cara-cara menyediakan bancuhan ikan celup tepung :

#1: Panaskan minyak dalam 1/2 atau 1kg minyak. Ya memang kita gunakan minyak yang banyak dalam menggoreng untuk dapatkan tektur ikan yang lembut pada isi dalam.Dalam bekas, masukkan semua bahan di atas kecuali air ais.

#2: Kacau sebati adunan bancuhan terlebih dahulu dan barulah masukkan air ais sedikit demi sedikit. Kacau sebati dan tentukan kepekatan yang sesuai yang anda mahu.Dalam bancuhan boleh masukkan ketulan ais kecil tadi.Takde masalah.Sesuaikan rasa dan tambah yang mana perlu.Tak perlu letak serbuk kunyit sebab bila dah goreng ianya dah kuning. Tapi kalau nk letak boleh ja.Terpulang kepada selera anda.

#3: Masukkan ikan,udang,sotong,pisang kedalam bancuhan dan biar bancuhan kena rata pada permukaan. Ingat, bancuhan jangan terlalu pekat atau terlalu cair.Nati tak rangup atau tak melekat.

Dah tak perlu ke Terengganu dah, buat sendiri ikan celup tepung anda tapi dapat hasil yang sangat memuaskan hati. Rangup, tak lekat minyak.Sedapnya kan.

 

#4: Goreng dengan api sederhana bila minyak dah panas.Lepas masak toskan ke dalam kertas tisu dan pastikan serdak diangkat semua sebelum memasukkan pusingan gorengan yang baru.

Makan lak ikan celup tepung atau udang celup tepung ni dengan sos cili thai .Memang terbaik rasanya. Satu keluarga kekenyangan. Sedap .Selamat mencuba.

Jangan lupa suscribe channel You Tube kami untuk koleksi video tutorial kek,biskut,kuih dan masakan menarik yang lengkap. Cuba tengok resepi pilihan lain di bawah,senang kan</>

VIDEO TUTORIAL : RESEPI IKAN CELUP TEPUNG