Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Istimewa Untuk Anda

1252
Guna ikan cencaru besar memang sedap untuk buat resepi ikan cencaru sumbat sambal ni.Balut pula dengan daun pisang lepas tu bakar atau goreng.Sedap.

Sebut sahaja resepi ikan cencaru sumbat mesti dah terbayang dalam kepala,ikan cencaru yang disumbat kelapa ataupun cili kisar bersama bahan lain.Sedapnya boleh bertambah nasi tengahari.

Ikan cencaru sumbat sambal ni memang popular di bulan Ramadhan.Rata-rata menu ni ada di setiap bazar cuma yang membezakan sedap atau tidak dengan murah atau mahal.Nak sedap kena buat sendiri di rumah.Tambah-tambah bakar atas arang.Aduh terliur.

Ikan cencaru atau dikenali dengn ikan jaket di kalangan budak asrama atau ikan krongan di kalangan orang Kelantan memang sangat sesuai dijadikan masakan seperti ini. Mana taknya,kulit ikan cencaru yang tebal boleh menyelamatkan isi dalam walaupun dibakar sedikit hangus atau digoreng garing.

BACA DI LINK BARU : Resepi Ikan Bakar Berempah Dengan Pes Sambal Istimewa

Ada dua cara masak popular untuk resepi ini.Pertama kalau resepi ikan cencaru sumbat bakar,ikan dibalut dengan daun pisang atau aluminium foil dan dibakar di atas arang atau tempat pemanggang manakala cara yang kedua ialah dibalu dengan daun pisang dan digoreng.Tapi kalau nak goreng tanpa balut pun boleh.

Kali ni kami mahu beri resepi ikan cencaru sumbat cili yang sangat sedap dan berbaloi untuk dicuba.Saiz ikan yang sesuai dan sedap untuk digunakan dalam anggaran 500-700 gram setiap ekor.Berbaloi.

Guna ikan cencaru besar memang sedap untuk buat resepi ikan cencaru sumbat sambal ni.Balut pula dengan daun pisang lepas tu bakar atau goreng.Sedap.

Bahan Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal :
Kuantiti bahan untuk sekilo ikan cencaru.Boleh ganda atau kurangkan kuantiti ya.

  • 15-20 tangkai cili kering *
  • 1 bawang besar *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 2 biji bawang merah dipotong dadu
  • 2 sudu makan serbuk cili babas
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • Secubitn garam,gula dan serbuk perencah
  • 3 sudu makan minyak masak.

Cara Penyediaan Resepi Ikan Cencaru Sumbat Bakar :

#1: Kisar halus bahan yang bertanda * . Ketepikan.Panaskan minyak mansak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak sedikit.Barulah masukkan sedikit air dan serbuk cili babas.Guna serbuk cili jenama ini untuk dapatkan warna merah yang menarik.

#2: Masukkan sos cili , sos tomato dan bawang yang didadu.Biarkan layu untuk kita jadikan sebagai inti sumbat ikan cencaru.Perasakan dengan garam gula dan serbuk perasa.Masak dengan api perlahan hingga sedikit kering baru sedap.Dah masak inti sumbat ketepikan.

#3: Ikan cencaru pula dibersihkan dan dibelah pada bahagian belakan untuk kita masukkan inti sumbat nanti.Sumbat inti yang telah siap dimasak dan balut dalam daun pisang atau aluminium foil.

Guna ikan cencaru besar memang sedap untuk buat resepi ikan cencaru sumbat sambal ni.Balut pula dengan daun pisang lepas tu bakar atau goreng.Sedap.

#4: Untuk dapatkan ikan cencaru sumbat sambal yang sedap, bakar di atas arang kayu.Lagi beraroma.Tapi nak guna pemanggang ajaib pun takde masalah.

Selamat mencuba resepi ikan cencaru bakar yang best ni.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom