Resepi Ikan Haruan Gulai Kuning Kelantan Best. Teringat Kenangan

24689
Masakan resepi ikan haruan ni sedap sangat bila campur dengan daun kaduk. Tapi boleh campur daun lain kalau tiada. Sedap makan dengan nasi putih ni dan ulam.

Kami akan berikan resepi ikan haruan gulai kuning Kelantan. Ada yang panggil gulai darat, ada panggil gulai lemak malah ada yang panggil gulai ikan darat. Pilih je nama yang sesuai anda nk sebut.

Masakan resepi ikan haruan ni sedap sangat bila campur dengan daun kaduk. Anda kenal daun kaduk ? Ala yang nak macam daun sireh tapi bersinar tu. Tapi sebab di bandar susah nak dapatkan daun kaduk, jadi kami masukkan daun kesum dan pucuk manis serta sedikit daun thai basil untuk hasilkan aroma gulai yang sedap.

Teringat zaman kecik dulu bila menjelang musim banjir, resepi ikan haruan gulai kuning ni mesti mak akan siapkan. Sebabnya ikan haruan antara ikan wajib boleh bila tahan pukat atau memancing.

BACA DI LINK BARU : Resepi Laksa Pangkor Best Hasil Air Tangan Asli. Sedap Ooo

Sekarang pergi pasar je , nampak ada ikan haruan yang dijual, terus beli. Umum tahu, ikan haruan ni jenis berlendir. Macam ikan keli juga. Jadi nak buang lendir nak bersih kan dia, kena guna tepung gandum dan sapu sental di semua bahagian. Nanti mudah lendir tu keluar. Lepas tu nak hilang hanyir, buang segala darah dan basuh dengan asam limau.

Masakan resepi ikan haruan ni sedap sangat bila campur dengan daun kaduk. Tapi boleh campur daun lain kalau tiada. Sedap makan dengan nasi putih ni dan ulam.

Bahan Resepi Ikan Haruan Gulai Darat :

  • 1 kilogram ikan haruan dibersihkan ikut cara di atas.
  • 2 biji bawang saiz 50 sen lama *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1/2 sudu makan beras yang direndam air panas 10 minit *
  • 2 hirisan nipis lengkuas *
  • 1 sudu makan cili kisar *
  • 1 inci kunyit hidup *
  • 500 ml santan pekat
  • 450 ml air
  • 4-5 tangkai daun kesum
  • 2-3 tangkai pucuk daun selasih( thai basil) jika ada
  • 2 genggam pucuk daun manis
  • Garam/gula cukup rasa.
  • 1 keping asam gelugor

Penggunaan beras yang ditumbuk/dikisar akan naikkan lagi rasa lemak gulai dan hilangkan juga rasa bau ikan sungai.

Cara MasaK Resepi Ikan Haruan Gulai Kuning Kelantan :

#1: Kisar bahan bertanda hingga lumat. Masukkan dalam periuk sekali dengan 500 ml santan pekat dan 400-500 ml air. Letak daun kesum 4-5 tangkai,1 keping asam dan didihkan guna api sederhana. Kacau sesekali untuk elak santan pecah minyak.

Dah mendidih,perasakan kali pertama dengan garam dan gula,masukkan ikan haruan dan biarkan masak. ( guna gula melaka pun boleh )

Baru tambah pucuk manis dan perasakan kali kedua biar kena dengan tekak. Dah siap.

Masakan resepi ikan haruan ni sedap sangat bila campur dengan daun kaduk. Tapi boleh campur daun lain kalau tiada. Sedap makan dengan nasi putih ni dan ulam.

Mudah je kan cara masak dia. Gulai kuning camni bukan sahaja untuk ikan haruan, tapi boleh untuk ikan sungai lain dan juga siput sedut. Nanti boleh la anda cuba kan.

Selamat mencuba resepi best ni.Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom