Sebut sahaja mengenai resepi ikan percik,terus kami terbayang ikan kembung atau ikan selar dan juga ikan keli yang diperap dahulu dengan bahan kisar sebelum dibakar diatas bara api.Aroma asap bara menjadikan ikan mempunyai bauan yang tersendiri sebelum diselaputi dengan kuah percik dan dibakar sekejap untuk menambahkan lagi aroma perciknya.
Biasanya resepi ikan percik sedap mempunyai dua jenis kuahnya.Satu yang jenis biasa seperti kuah kacang dan juga kedua yang original dari Pantai Timur terutamanya Kelantan iaitu kuah percik merah Kelantan.
Istimewanya resepi kuah percik merah ini adalah daripada gabungan santan pekat yang diadun sebati bersama dengan rempah ratusnya menghasilkan kuah yang pekat elok dan sangat menawan selera bagi sesiapa yang mencubanya buat kali pertama.
BACA DI LINK BARU : Resepi Asam Pedas Ikan Merah Yang Menggamit Selera
Ikan yang sesuai dijadikan hidangan percik ini adalah seperti ikan kembung, selar yang berat dalam anggaran 250-300 gram setiap ekor dan juga ikan keli.
Kami berterima kasih kepada Puan Afy yang memberi keizinan kepada pihak kami untuk mencuba resepinya.Gambar ikan keli adalah hasil yang telah kami cuba.
Bahan Resepi Ikan Percik Sedap :
Bahan Perapan Ikan Percik :
- 5 ekor ikan kembung/ikan selar/ikan keli yang dikelar
- 2 batang serai
- 5 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 1/2 inci kunyit hidup
- 3/4 sudu makan garam sukatan biasa
- Secubit serbuk perasa
Cara Penyediaan Perapan Ikan Percik :
#1: Hiris bahan nipis dan masukkan dalam pengisar semua bahan kecuali ikan.Kisar hingga lumat dan ratakan pada ikan.Perap sekitar 20-30 minit.
#2: Barulah ikan dibakar dengan arang atau pemanggang hingga 3/4 masak sebelum dilumurkan kuah percik.Tapi nak sedap kena guna arang ya.
Bahan Kuah Percik Kelantan :
- 5 biji bawang merah saiz syiling 20 sen *
- 2 ulas bawang putih *
- 1/2 hiris nipis halia *
- Secubit belacan *
- 1/2 sudu makan biji ketumbar (disangai dan dikisar halus) *
- 6 senduk santan pekat
- 1 senduk air
- 1 1/2 sudu makan cili kisar
- 1/2 sudu besar garam
- 2 1/2 sudu besar gula
- Secubit perencah Hilal
- Sehiris asam limau nipis
Cara Penyediaan Kuah Ikan Percik Kelantan :
#1: Kisar bahan yang bertanda sehingga lumat dengan air yang sedikit sahaja sekadar untuk menggerakkan mesin.Letak bahan kisar dalam periuk. Masukkan santan dan juga air serta cili kisar.Perah air asam limau nipis.
#2: Barulah buka api sederhana kecil.Tips untuk hasilkan kuah percik yang betul ialah kuah percik haruslah sentiasa dikacau untuk elakkan kuah menjadi berketul-ketul.Masukkan gula,garam dan serbuk perasa.
#3: Kacau hingga buih mendidih mula terbentuk dan tutup api.Kuah percik telah pun siap sedia untuk dilumurkan pada ikan yang dibakar 3/4 masak tadi.
Cara lumur kuah percik, angkat ikan dalam pemanggang tadi, lapis atas bekas dulang atau pinggang barulah dicurahkan dengan senduk kuah percik tadi.Barulah tak membazir. Bakar 2-3 minit dan teruskan ulang langkah lumur di bahagian sebelah lagi.
Memang berbaloi dan lagi sedap daripada yang dijual di bazar dan restoran yang claim perciknya sedap jika anda ikut betul resepi ikan percik ini. Selamat mencuba.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom