Kali ini kami kongsikan pula resepi ikan selar percik cara Kelantan iaitu kuah merahnya. Memang sedap kalau guna ikan selar dan terutama yang saiznya antara 220-270 gram setiap ekor. Nanti bolehlah anda cuba guna ikan selar ni. Tak lah goreng tiga rasa , singgang, gulai ikan selar atau bakar kosong.
Ada juga yang buat resepi ikan selar masam pedas. Jadi jangan risau, banyak menu boleh dihasilkan dari ikan ini kerana ianya mudah didapati seperti ikan kembung.
Untuk resepi ikan percik ini, mula-mula sekali kita akan perap ikan selar dengan bahan perapan untuk berikan rasa sebelum disalut dengan kuah percik. Untuk berkali ganda sedap, mestilah kena bakar ikan selar di atas arang untuk dapatkan aromanya, tap kalau tiada pilihan, letak je dalam pemanggang ajaib atau oven.
BACA DI LINK BARU : Resepi Sup Siam Daging Best Sebijik Sama Di Kedai Masakan Panas
Bahan Resepi Ikan Selar Diperap :
Sukatan bahan perap sesuai untuk 700-900 gram berat ikan.
- 3 ulas bawang putih sederhana
- 1 inci kunyit
- 1/2 inci halia
- 1 sudu teh garam
Kisar semua bahan 90%lumat. Sapu pada ikan selar yang dikelar. Perap 40 minit minima. Letak dalam peti.
Dah siap perap, kita akan buat kuah percik Kelantan Warisan Mok .Terima kasih kepada Ben Safwan yang tak jemu berkongsi resepi pada kita semua.
Bahan Resepi Kuah Percik Kelantan Warisan Mok :
Untuk 700-900 gram ikan.
- 3 ulas bawang merah saiz 20 sen
- 1 sudu teh ketumbar disangai
- 1/2 sudu makan cili kisar
- 1/3 inci belacan
- 1/4 inci hirisan halia
- 1 ulas bawang putih kecil
Cara Buat Kuah Percik Untuk Resepi Ikan Selar Percik :
#1: Kisar lumat semua bahan dengan 25ml air.Tuang dalam periuk. Tambah 200 ml santan pekat. Perah asam limau nipis sehiris. Nak guna santan segar pun boleh.
Tambah masuk 2/3 sudu makan gula, 1 sudu teh garam , 1 sudu teh serbuk perasa.Masak dengan api sederhana dan sentiasa kacau untuk elak berketul.Bila dah berbuih naik wap,tutup api. Siap .
#2: Tak perlu letak tepung. Penggunaan tepung hanya untuk jimatkan kos. Ganggu rasa kuah ayam percik yang sebenar.Sukatan ini cukup elok dengan kuantiti ikan. Lebihan 1/2 mangkuk kecil sahaja.
Semua bahan dah siap, boleh la bakar ikan selar yang diperap tadi di atas arang hingga masak dan barulah disalut dengan kuah ikan percik mengikut tips yang telah kami sediakan ini.
Ada tips nak dapatkan salutan ikan selar percik cantik seperti ini.
Buat 2 kali salutan kuah percik.
Lepas bakar ikan atas arang hampir masak, cedok sapu kuah pada satu bahagian ikan,letak atas api sekejap dan teruskan salutan kali pada sebelah lagi serta proses sama.
Masa cedok tu alas pinggan bawah. Untuk lapik kuah percik yang meleleh turun. Nanti boleh guna balik. Baru tak membazir.
Orang cakap biar kena asap je dan tukarkan warna asal kuah percik. Jangan lama nanti kering kuah percik. Tak cantik.
Dah siap dah resepi ikan selar percik. Memang sedap makan . Nanti boleh la cuba la kan.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom