Resepi Ikan Siakap Kengsom Asli Dari Thai. Best Menjilat Jari

409797
Lepas ni boleh la cuba resepi ikan siakap kengsom ini. Tak la asyik masak 3 rasa, masak masam manis atau masak stim kan. Sedap tau rasa masakan kengsom ni. Terbaik

Kami mahu kongsikan resepi ikan siakap kengsom yang memang sedap.Asalnya resepi dari Thailand. Tak la asyik ikan siakap masak 3 rasa, ikan siakap masam manis atau ikan siakap stim. Boleh anda tambah koleksi resepi menu ikan ini dalam senarai.

Kebiasaan seperti masakan Thailand, ianya mementingkan rasa pedas dan masam. Memang masuk dengan selera. Untuk sayur pula,hanya gunakan sayur kangkung sahaja. Menarik kan. Tapi awas, kalau order di kedai, bersedia untuk bayar RM 45-RM 80 bergantung pada saiz dan jenis restoran.

Baik la kita beli sendiri ikan siakap harga RM9 dengan nanas kecil sebiji,lepas tu buat sendiri resepi ikan siakap kengsom ini.

Untuk dapatkan kuah yang sedap dan tidak hanyir, kami ada petua yang boleh anda cuba.Bersihkan ikan sehingga bersih daripada darah di bahagian isi dan juga bahagian tersorok.

BACA DI LINK BARU : Resepi Tepung Bungkus Warisan Air Tangan Nenek.Best Sangat

Untuk lebih menyakinkan, basuh ikan dengan tepung gandum. Insyaallah turun segala lendir hanyir.Hasilnya, ratah camtu ikan serta hirup kuah kengsom dengan sedap sebab tiada lagi rasa hanyir.

Terima kasih kepada Puan Emila Nadia di atas sumbangan resepi ikan sikan kengsom

Bahan Resepi Ikan Siakap Kengsom :

  • 1 ekor ikan siakap saiz sederhana
  • 1/2 biji nenas kecil
  • 1/2 ikat kangkung
  • 2 batang serai sederhana diketuk
  • 1 biji limau nipis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1-1.2 liter air

Bahan Kisar Kengsom :

  • 2 tangkai cili merah besar
  • 8 tangkai cili padi – nak pedas masukkan lagi
  • 1 biji bawang merah besar saiz bola pingpong
  • 6 ulas bawang putih kecil
  • 1/2 inci belacan
  • 1 inci kunyit hidup

Lepas ni boleh la cuba resepi ikan siakap kengsom ini. Tak la asyik masak 3 rasa, masak masam manis atau masak stim kan. Sedap tau rasa masakan kengsom ni. Terbaik

Cara Buat Resepi Ikan Siakap Kengsom :

#1: Kisar semua bahan kisar dengan air cukup sehingga halus
Masukkan bahan kisar,serai dan air secukupnya ke dalam periuk. Masak hingga mendidih. Tambahkan nenas dan biarkan air nenas turun sebelum dimasukkan ikan siakap.

Masak 5-8 minit sahaja ikan siakap bergantung pada saiz.Jangan masak lama nanti isi ikan hancur. Perasakan dengan garam dan gula ikut tekak anda.

#2: Tutup api selepas semua menjadi sedap, barulah masukkan kangkung supaya tidak terlebih masuk dan perahkan asam limau nipis ikut tahap masam anda suka.

Dah siap dah resepi ikan siakap kengsom ini. Tak rugi untuk anda cuba kan. Selamat mencuba.

Lepas ni boleh la cuba resepi ikan siakap kengsom ini. Tak la asyik masak 3 rasa, masak masam manis atau masak stim kan. Sedap tau rasa masakan kengsom ni. Terbaik

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom