Resepi Ikan Siakap Stim Limau Dari Tukang Masak Restoran Thai

13525
Nak tahu kesedapan resepi ikan siakap stim limau yang sama malah lebih sedap di kedai tomyam ? Kami beri resepi beserta tips untuk cuci ikan siakap.Sedap.

Ramai yang mencari resepi ikan siakap stim limau yang sedap seperti makan di kedai tomyam kan.Rasa masam manis masuk sepenuhnya ke dalam isi ikan siakap dan rasa kuahnya juga tidak pahit.

Baru-baru ini ada seorang rakan kepada rakan saya orang Thailand yang bekerja di restoran masakan panas ini.Dia berikan resepi ikan siakap stim yang digunakan di kedainya.Bila kami mencubanya di rumah ,memang betul ianya sama seperti di jual.

Kami beri resepi ikan ini khas untuk anda.Yelah walaupun sedap,tapi harga menu ikan siakap stim halia atau limau ni kalau tak bermula RM 30 dan ke atas , tak sah kan.Diorang kan nak bayar sewa,gaji serta dapat untung.Jadi untuk kita yang ada anak ramai ni, beli je seekor dua ikan siakap baru sekitar RM 20 dan masak sendiri di rumah.

Untuk dapatkan resepi ikan siakap stim limau ni, penyediaannya bermula daripada ikan itu sendiri dulu.Ikan yang dibelah dua perlulah dibasuh bersih dengan buang segala darah yang melekat di celah tulang dan isi ikan.Selepas tu bilas dengan asam limau atau tepung gandum untuk buang hanyir ikan siakap sebelum dikukus.

BACA DI LINK BARU: Resepi Asam Pedas Ikan Pari Power Habis.Rugi Tak Mencubanya 

Untuk hilangkan rasa pahit kuah air asam limau , sebenarnya ianya perlu dimasak berasingan dan dicurahkan di atas ikan siakap yang siap dikukus. Jom kita tengok resepi penuh.

Nak tahu kesedapan resepi ikan siakap stim limau yang sama malah lebih sedap di kedai tomyam ? Kami beri resepi beserta tips untuk cuci ikan siakap.Sedap.

Bahan Resepi Ikan Siakap Stim Limau :

  • 1 ekor ikan siakap 800-1kg
  • 1 sudu teh garam
  • 3 ulas bawang putih

Untuk kuah ikan siakap stim :

  • 1/3 cawan air
  • 2 biji air perahan asam limau nipis
  • 2 batang serai hiris serong
  • 1/2 biji bawang besar
  • 5-6 biji lada hiris
  • 1 Akar ketumbar
  • 2 inci hirisan halia muda
  • Sos ikan,serbuk perasa

Cara Buat Resepi Ikan Siakap Stim Limau :

#1: Cuci bersih ikan siakap dan letak dalam aluminium foil.Tumbuk hancur bawang putih bersama garam.Lumurkan pada ikan dan perap sekitar 15 minit. Jangn lupa bungkus dan cucuk aluminium foil di bahagian atas.Kukus ikan siakap 20-30 minit atau sehingga masak. Buang air ikan yang terhasil semasa proses mengukus.

Nak tahu kesedapan resepi ikan siakap stim limau yang sama malah lebih sedap di kedai tomyam ? Kami beri resepi beserta tips untuk cuci ikan siakap.Sedap.

#2: Untuk kuah air asam pula,masukkan  semua bahan di atas kecuali lada,serbuk perasa dan sos ikan dan ketuk akar ketumbar sedikit. Biarkan hingga mendidih dan  barulah sesuaikan rasa serta tutup api.

#3: Curahkan ke atas ikan siakap tadi dan letak hirisan cili beserta daun ketumbar

Memang rasa segar isi ikan siakap dengan  cara masak begini. Pasti anda suka untuk mencuba resepi ikan siakap stim limau ni.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom